Penamat pilu buat Nafuzi dalam aksi terakhir bersama Terengganu

Penamat pilu buat Nafuzi dalam aksi terakhir bersama Terengganu

NAFUZI Zain dan pasukan Terengganu telah memberikan segala-galanya yang terdaya untuk layak ke final Piala Malaysia, namun tuah tidak menyebelahi mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nafuzi Zain mengucapkan selamat tinggal kepada Terengganu FC dengan cara yang kurang menceriakan selepas pasukannya gagal melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia.

Jurulatih kelahiran Kelantan itu yang tampak sebak mengendalikan aksi terakhir Sang Penyu bagaimanapun menegaskan, pemain-pemainnya sudah melakukan segala yang terdaya namun tuah tidak memihak mereka.

“Pemain beraksi dengan baik bermula dari awal perlawanan lagi sehinggalah minit terakhir, kami cuba mendapatkan gol untuk memburu tiket ke final Piala Malaysia selepas tewas 1-3 pada aksi separuh akhir pertama minggu lalu.

“Selepas gol pertama pada separuh masa pertama, saya jangkakan pemain mampu menjaringkan gol lagi di babak kedua, tapi pertahanan Selangor beraksi dengan amat baik dan begitu berdisiplin, situasi ini menyukarkan pemain untuk menghasilkan jaringan walaupun beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol.

Tchetche Kipre (dua, kanan) meraikan jaringannya ketika bertemu Selangor FC pada separuh akhir kedua Liga Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi.

“Saya sendiri berazam untuk bawa pasukan ke final bagi menamatkan saingan musim ini dengan penuh cemerlang selepas layak ke pentas Piala AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia), layak ke final Piala FA dan menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua.

“Lagipun saya juga ingin memberi kemanisan buat peminat setia dalam perlawanan terakhir di sini, namun saya rasa sedih kerana gagal merealisasikan impian itu, saya akur mungkin rezeki kita hanya di separuh akhir musim ini,” katanya sebak.

KAPTEN Terengganu FC, Tchetche Kipre (kiri) melakukan percubaan sambil dihadang pertahanan Selangor, Sharul Nazeem Zulpakar di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

Jaringan ketua pasukan, Kipre Tchetche pada minit ke-35 memberi kemenangan kepada Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, namun mereka terpaksa melupakan pentas akhir selepas kalah secara agregat 2-3.

Ketika ditanya destinasinya musim depan selepas dikaitkan membimbing skuad Kedah Darul Aman (KDA) FC, bekas penyerang Terengganu musim 2001 itu menjelaskan beliau belum lagi bersedia untuk memaklumkannya.

“Sekarang saya masih bersama TFC dan kontrak akan berakhir hujung bulan ini, jadi mungkin pada masa sesuai nanti saya akan umumkan destinasi musim depan.

“Namun sejujurnya saya akan merindui peminat setia Terengganu terutama selepas tujuh tahun berkhidmat di bumi Terengganu, tapi saya terpaksa pergi demi karier,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya