Pegawai Ghana dikecam berswafoto ketika Son sedang menangis

Pegawai Ghana dikecam berswafoto ketika Son sedang menangis

SEORANG pegawai Ghana dilihat berswafoto ketika Son Heung-min sedang menangis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Aksi sengit Korea Selatan-Ghana kelmarin akhirnya memihak kepada skuad The Black Stars yang menum­paskan ­Taegeuk Warriors 3-2.

Dua gol Mohammed Kudus menghidupkan peluang Ghana untuk mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2022, dan meletakkan mereka di tangga kedua Kumpulan H.

Korea yang seri dengan Uruguay pada perlawanan pembukaan kini wajib menewaskan Portugal dalam aksi terakhir, Jumaat ini.

Jadi, tidak hairanlah kapten Korea, Son Heung-min amat ­beremosi selepas gagal membantu pasukannya meraih kemenangan kerana sedar mereka kini di ambang penyingkiran.

Ketika bintang Tottenham itu sedang menangis di atas padang, seorang pegawai Ghana mengambil kesempatan untuk berswafoto dengannya.

Pegawai itu meluru ke arah Son dan menghalakan kamera ke mukanya, namun pemain tersebut segera berpaling sebelum seorang lagi pegawai Ghana menggesa rakannya me­nyimpan telefon.

Insiden itu mendapat liputan meluas, malah peminat mengecam pegawai tersebut kerana tiada perasaan simpati. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya