MYTV, RTM bawakan Piala Dunia 2022 secara percuma

MYTV, RTM bawakan Piala Dunia 2022 secara percuma

PIALA Dunia pentas terbesar dalam sejarah bola sepak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV menandatangani perjanjian kerjasama untuk penyiaran Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

Ini menjadikan MYTV sebagai rakan penyiaran rasmi RTM sepanjang kempen kejohanan bola sepak paling berprestij itu berlangsung dari Ahad ini sehingga 18 Disember.

Perjanjian itu dimeterai di antara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan MYTV, Mohamad Helmi Harith dan Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Che Roslan Che Daud di Angkasapuri, baru-baru ini.

Menurut MYTV, dengan kerjasama itu semua rakyat Malaysia dapat menonton Piala Dunia secara percuma di platform MYTV melalui saluran TV2, Okey dan Sukan RTM.

“Semuanya adalah siaran berdefinisi tinggi (HD) dan kualiti digital tanpa gangguan,” menurut MYTV dalam satu kenyataan.

Mohamad Helmi Harith (dua, kanan) dan Che Roslan Che Daud (dua, kiri) pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama untuk penyiaran Piala Dunia 2022.

Sebanyak 41 perlawanan – 27 secara langsung dan 14 siaran tertunda ditayangkan melalui MYTV untuk dinikmati semasa Piala Dunia.

MYTV menyediakan platform TV Digital percuma kepada semua rakyat Malaysia, iaitu salah satu daripada Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional bagi mengubah sasaran industri penyiaran negara untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.

Sebagai pemaju dan pengendali infrastruktur serta kemudahan rangkaian untuk inisiatif TV Digital  negara, MYTV turut menyediakan akses kepada lebih banyak aplikasi kandungan untuk penonton dan peluang baharu untuk penyiar.

MYTV boleh diakses melalui teknologi Televisyen Terestrial Digital (DTT) yang disambungkan kepada Antena UHF atau melalui penyahkod TV yang disambungkan ke antena UHF.

MYTV tidak mengenakan sebarang yuran bulanan kepada semua penonton dan saluran tersedia dalam kualiti HD.

MYTV dan RTM menandatangani perjanjian kerjasama untuk penyiaran Piala Dunia FIFA Qatar 2022 di Angkasapuri baru-baru ini.

Selain Piala Dunia, MYTV juga menawarkan kandungan tempatan terbaik daripada penyiar awam serta swasta termasuk TV1, TV2, TV3, 8TV, TVS, TV Awesome, TV Suke, TV Al-Hijrah, Bernama, saluran radio dan banyak lagi akan menyusul.

Bagi membantu menyediakan pemasangan MYTV, anda boleh menghubungi Pusat Panggilan kami di 1300 80 6988 atau layari www.mytvbroadcasting.my. Sebagai alternatif. Anda juga boleh membuka Facebook (@mytvbroadcasting) dan Instagram (@mytvbroadcasting_).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya