Malaysia serap ‘aura’ Piala Dunia Qatar

Malaysia serap ‘aura’ Piala Dunia Qatar

SKUAD bawah 16 tahun Malaysia dijangka menjalani latihan insentif selama sebulan di negara tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar dalam persiapan menghadapi Piala Asia B-17 tahun depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun ­Piala Dunia sudah dua bulan ­berakhir apabila pemain tiba di Qatar, namun ‘aura’ kejohanan berprestij tersebut tetap menyerap semangat skuad bawah 16 tahun (B-16) Malaysia yang menjadikan negara itu sebagai pangkalan mereka sebelum ke Piala Asia B-17 2023.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam bersetuju menghantar skuad bimbingan Osmera Omaro itu berkampung di Qatar selama sebulan bermula pada Februari 2023.

Pada Januari tahun lalu, badan bola sepak Asia, AFC mengumumkan Bahrain akan menjadi tuan rumah Piala Asia B-17 2023, namun negara itu menarik diri dan sehingga kini venue baharu pertandingan belum diputuskan.

SEBAHAGIAN penyokong Argentina sudah berada di Doha menantikan detik Piala Dunia dibuka pada 20 November. – AFP

“FAM mengucapkan tahniah kepada skuad B-17 bimbi­ngan Osmera Omara yang ­layak ke Piala Asia B17 2023.

“Kita merancang untuk mengadakan latihan insentif kerana pasukan telah mencapai keputusan yang membanggakan dan kita harap mereka mampu pergi lebih jauh.

“Bagi melengkapkan pasukan untuk beraksi lebih baik, kita sedang berbincang de­ngan Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA),” kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi.

Qatar menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 dari 20 November hingga 18 Disember ini, manakala Piala Asia B-17 2023 pula dijadual berlangsung dari 3-20 Mei.

Malaysia layak ke Piala Asia B-17 secara merit selaku juara Kumpulan B tanpa sebarang kekalahan pada kempen di ­Indonesia, Oktober lalu.

Anak didik Osmera mem­belasah Palestin 4-0 dalam aksi pertama, sebelum diiikat 1-1 oleh Guam.

Mereka kemudian me­numpaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 3-2 sebelum mem­belasah Indonesia 5-1.

Dalam perkembangan lain, Yusoff skuad Malaysia B-23 akan menyertai Kejohanan AFF B-23 yang berlangsung tahun depan.

“Ini untuk persiapan sebelum mengharungi Sukan SEA di Kemboja pada Mei tahun depan,” kata Yusoff.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya