fbpx

Maghribi kejutkan Belgium 2-0

Sabiri meraikan jaringan gol pertama buat Maghribi

DOHA: Hasrat Belgium untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati Piala Dunia 2022 lebih awal tidak kesampaian apabila tewas mengejut 0-2 kepada Maghribi dalam aksi Kumpulan F, di Stadium Al Thumama, sebentar tadi.

Dua gol Maghribi dijaringkan Abdelhamid Sabiri pada minit ke-73 sebelum Zakaria Aboukhlal memastikan tiga mata penuh hasil jaringan pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Tiga mata diraih Maghribi ini meletakkan mereka mengungguli kedudukan Kumpulan F dengan empat mata selepas dua perlawanan, manakala Belgium di tempat kedua. – AGENSI

 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN