Luqman Hakim cemerlang bersama skuad B-21 KV Kortrijk

Luqman Hakim cemerlang bersama skuad B-21 KV Kortrijk

LUQMAN Hakim Shamsudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin tampil cemerlang bersama skuad Bawah 21 (B-21) tahun KV Kortrijk apabila mencetak satu gol dan satu bantuan jaringan.

Pada aksi berdepan Zulte Waregem saingan Piala Belgium B-21, menyaksikan perlawanan berkesudahan 2-2.

Luqman membuka tirai jaringan ketika permainan memasuki minit kelima dimana dia memanfaatkan bola hasil daripada hantaran Benoit Olivier.

Pemain berusia 20 tahun itu turut mencipta umpanan yang disudahkan pemain kacukan Belgium-Itali Luca Foubert, sebelum Luqman dikeluarkan pada minit ke-70.

Sebelum ini, Luqman turut disenaraikan bersama skuad utama KV Kortrijk dan diturunkan sebagai pemain gantian pada aksi bertemu KVC Westerlo dalam saingan Jupiler Pro League.

Penampilan sulung Luqman bersama skuad utama kelab Belgium itu adalah pada 24 Oktober 2020 ketika bertemu RSC Anderlecht.

Perlawanan di laman sendiri itu bagaimanapun menyaksikan KV Kortrijk tewas 0-2 sekali gus terus meletakkan pasukan tersebut ditangga ke-16 dalam carta liga.

Luqman menyertai kelab tersebut selepas menandatangani kontrak selama lima tahun pada Ogos 2020.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya