Liverpool terus jadi ‘rebutan’ hartawan

Liverpool terus jadi ‘rebutan’ hartawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Hanya sehari selepas berada di ‘pasaran’, Liverpool menarik minat ramai hartawan, dari Arab hingga bekas ‘orang penting’ Burger King, Stephen Pagliuca.

Menurut laporan di Asia Barat, pelabur di Dubai sedang me­nimbang untuk membeli Liverpool pada harga 4.3 juta bilion (RM23.39 bilion) selepas Fenway Sports Group (FSG) meletakkan kelab itu untuk dijual.

Arabian Business melaporkan, Dubai International Capital (DIC) ‘mungkin mengintai’ untuk membeli Reds.

Ia bukan kali pertama DIC cuba mengambil alih gergasi Liga Perdana itu selepas gagal dalam bidaan 312 juta pound (RM1.7 ­bilion) pada 2007.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Sameer Al Ansari, pengasas DIC yang juga penyokong tegar Liverpool.

JOHN W. Henry (tengah) meletakkan 4 bilion pound sebagai nilai Liverpool.

Sementara itu, tujuh bulan selepas gagal membeli Chelsea, bekas Pengarah Burger King, Pagliuca bersedia menjadi pesaing untuk membeli Reds, lapor The Athletic.

Pagliuca, 67, dikatakan mempunyai nilai bersih 3 bilion pound (RM16.3 bilion) dan sudah terlibat dengan bola sepak dengan 55 peratus kepentingan dalam kelab Serie A, Atalanta.

Berasal dari New York, pelabur ekuiti persendirian itu ialah pengerusi bersama Bain Capital yang turut memiliki gergasi bola keranjang NBA, Boston Celtics.

Selama hampir tujuh tahun menganggotai lembaga pengarah Burger King, beliau membantu firma itu kembali meraih keuntungan.

Semasa menjadi rakan kongsi umum pengurusan dan ahli jawatankuasa eksekutif Celtics, beliau memperoleh 55 peratus kepentingan Atalanta pada Februari bersama pelabur lain dan mengambil gelaran pengerusi bersama.

Awal tahun ini, apabila Chelsea dijual oleh Roman Abramovich, Pagliuca mengumumkan tawaran untuk kelab yang disifatkannya sebagai besar dan boleh dipercayai.
Malangnya kelab itu memaklumkan bahawa bidaannya tidak berjaya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya