Kesebelasan Manchester City termahal di dunia

Kesebelasan Manchester City termahal di dunia

ERLING Haaland mengetuai barisan ‘mahal’ Manchester City.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester City menerajui liga utama Eropah apabila mempunyai ke­sebelasan pemain paling mahal musim ini.

Pusat Kajian Sukan Antarabangsa (CIES) mendapati purata kos kesebelasan pemain Juara Liga Perdana Inggeris itu 560 juta pound (RM3 bilion).

Biarpun memiliki kekuatan kewangan yang kukuh, City berjaya mendapatkan beberapa bintang utama dunia dengan nilai berpatutan, kecuali Jack Grealish yang dibeli daripada Aston Villa pada harga 100 juta pound (RM544 juta).

Pengendali City, Pep Guardiola menghimpunkan barisan pemain terbaik dunia dengan nilai antara 50 hingga 60 juta pound seperti Kevin De Bruyne, Ruben Dias, Riyad Mahrez, Joao Cancelo, Aymeric Laporte, Rodri serta bintang sensasi, ­Erling Haaland.

TRIO mahal Paris Saint-Germain.

Juara Pe­rancis, Paris Saint-Germain (PSG) dengan nilai 439 juta pound (RM2.3 bilion) berada di tempat kedua.

Jumlah besar dibayar untuk Neymar iaitu 163 juta pound (RM889 juta) dan Kylian Mbappe yang meme­cah rekod perpindahan termahal dunia, 198 juta pound (RM1.08 bilion).

Manchester United berada di kedudukan ketiga dengan 413 juta pound (RM2.25 bilion).

Pengurus pasukan, Erik ten Hag membelanjakan sebahagian besar bajet untuk mendapatkan Antony – 86 juta pound (RM468 juta) daripada Ajax.

Casemiro dibeli pada harga 70 juta pound (RM381 juta) dari Real Madrid, manakala pemain pertahanan Lisandro Martinez dari Ajax dengan nilai 51 juta pound (RM 277 juta).

ANTONY

PSG satu-satunya kelab bukan Liga Perdana berada dalam kedudukan enam teratas, disusuli Liverpool 352 juta pound (RM1.9 bilion), Chelsea dengan 338 juta pound (RM1.8 bilion) dan Arsenal, 329 juta pound (RM1.7 bilion).

Beberapa pasukan ternama Eropah lain turut dalam kelompok 10 terbaik seperti Real Madrid – 318 juta pound (RM1.7 billion) dan Barcelona, 287 juta pound (RM1.5 bilion).

Juventus dengan nilai 258 juta pound (RM1.4 billion) ke­sembilan dan Bayern Munich di tempat ke-10. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya