fbpx

Iran benam cabaran Wales 2-0

PEMAIN dan barisan kejurulatihan Iran meraikan kejayaan mereka menewaskan Wales di Stadium Ahmad Bin Ali sebentar tadi.

DOHA: Dua gol pada masa tambahan menghadiahkan kemenangan 2-0 Iran ke atas Wales dalam saingan Kumpulan B Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Ahmad Bin Ali sebentar tadi.

Gol Iran masing-masing dijaringkan oleh Rouzbeh Cheshmi pada minit ke-98 dan dan Ramin Rezaeian padan minit ke-101 untuk hadiahkan kemenangan pertama Iran.

Kemenangan Iran itu juga terhasil selepas Wales beraksi dengan 10 pemain selepas penjaga golnya, Wayne Hennessey dilayangkan kad merah pada minit ke-86.

Kemenangan itu sekali gus menghidupkan kembali peluang Iran dalam kumpulan B selepas tewas 6-2 kepada England dalam perlawanan pertama.

Pada aksi seterusnya bagi Kumpulan B, Iran akan menentang Amerika Syarikat (AS) manakala, Wales akan bertemu England- UTUSAN ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN