Gaduh di Cheras, FAM tunggu laporan MFL

Gaduh di Cheras, FAM tunggu laporan MFL

KEKECOHAN berlaku antara pemain KL City dan Terengganu sebaik tamat aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menunggu laporan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berhubung kekecohan ketika perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di antara Kuala Lumpur City (KL City) menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, Kuala Lumpur, kelmarin.

Naib Presiden FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail berkata, jawatankuasa terbabit akan melakukan siasatan terlebih dahulu berhubung insiden berkenaan.

“Kebiasaannya kita akan dapatkan dahulu laporan daripada MFL. Kita mempunyai banyak jawatankuasa di FAM termasuk jawatankuasa disiplin yang akan menyiasat insiden tersebut.

“Saya sendiri tidak terlibat secara langsung dalam perkara itu dan tidak dapat memberi penjelasan lebih tepat,” katanya kepada pemberita semasa melawat peniaga di Bazar Tok Guru, di sini sebentar tadi.

ROSMADI Ismail (kiri) ketika melawat dan berbual mesra dengan salah seorang peniaga di Bazar Tok Guru, Kota Bharu. UTUSAN/MUSTAQIMMOHAMED

Terdahulu, media melaporkan berlaku kekecohan membabitkan pemain dan pegawai pasukan KL City dan TFC pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia selepas wisel penamat ditiup.

Insiden tolak menolak antara kedua-dua pasukan di kawasan teknikal turut melihat pemain import TFC, Pape Diakate terpaksa dibawa menjauhi sekumpulan pemain KL City yang cuba mendekatinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.