Enrique okey pemain adakan hubungan seks sebelum perlawanan

Enrique okey pemain adakan hubungan seks sebelum perlawanan

PEMAIN Sepanyol bakal berdepan Jerman esok dengan ‘mood’ yang baik selepas membelasah Costa Rica pada aksi pembukaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Ketika kebanyakan jurulatih lebih gemar fokus kepada persiapan pasukan di atas padang, pengurus Sepanyol, Luis Enrique sebaliknya mengga­lakkan pemainnya melakukan hubungan seks pada malam sebelum perlawanan.

Enrique ketika bersiaran dalam platform atas talian, Twitch bersama lebih 250,000 penyokong skuad La Roja turut membincangkan mengenai tabiat pemakanan pemain, selain kehidupan peribadi mereka.

“Saya tidak kisah jika mereka mengadakan hubungan seks sebelum perlawanan tetapi batas yang saya tetapkan, bukan seks secara beramai-ramai,” kata ­Enrique.

Sepanyol membelasah Costa Rico 7-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan E, Selasa lalu, di mana penyerang Barcelona, Ferran Torres yang menjalin hubungan dengan anak perempuan Enrique, Sira meledak dua gol dalam perlawanan itu.

Biarpun mengetahui hubu­ngan itu, Enrique tidak mempunyai masalah untuk membincangkan mengenai hubungan seks pemain.

Dia juga merasakan larangan hubungan seks sebelum perlawanan yang diterapkan sesete­ngah jurulatih sesuatu yang tidak masuk akal.

“Itu sesuatu yang gila (la­rangan hubungan seks), kerana bagi saya ia perkara normal.

“Kalau anda berada dalam kumpulan dan melakukannya beramai-ramai, barulah tidak normal.

“Jika saya sebagai jurulatih mengetahui pemain saya berada di rumah tidur nyenyak sehari sebelum perlawanan, ia perkara yang tidak menggusarkan.

“Jika ada perkara yang mereka ingin lakukan kerana mereka perlu dan mahu lakukan, ia okey tetapi ingin saya tegaskan, mereka hanya boleh melakukan dengan pasangan masing ma­sing,” tegas Enrique. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya