Digantung sekolah gara-gara tiru gaya rambut Ronaldo

Digantung sekolah gara-gara tiru gaya rambut Ronaldo

Pihak sekolah mengarahkan Alfie Ransom, 12, agar pulang kerana membuat potongan rambut mirip legenda Brazil, Ronaldo Nazario yang popular pada Piala Dunia 2002.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang peminat tegar bola sepak digantung sekolah gara-gara membuat potongan rambut mirip legenda Brazil, Ronaldo Nazario yang popular pada 2002.

Alfie Ransom, 12, diarah pulang dari Akademi Sirius West di Hull, England selepas dimaklumkan dia telah melanggar polisi sekolah.

Ramsom diarahkan untuk tidak kembali selagi tidak mencukur bahagian depan rambutnya.

Ibunya, Emma Shaw, 32, menjelaskan anaknya itu kecewa dan menangis apabila diberitahu tidak boleh bersekolah gara-gara fesyen rambutnya.

“Alfie tidak mahu mengubah potongan rambutnya. Dia ­benar-benar kecewa apabila saya terpaksa memotong bahagian depan rambutnya sehingga menjadi botak.

“Pada mulanya, dia berasa gembira dengan fesyen rambut Ronaldo kerana pemain Brazil itu adalah idolanya.

“Anda boleh lihat betapa ­terujanya Alfie sehingga menaikkan semangatnya untuk ­mengayakan potongan rambut itu,” jelas Emma.

RAMBUTAlfie Ransom terpaksa dicukur. – THE SUN

Emma juga berang apabila insiden itu diperbesarkan sehingga anaknya kini dikatakan terlibat dengan masalah ­disiplin di sekolah.

“Saya tidak percaya, hanya disebabkan rambut dia digantung sekolah dan dihantar pulang ke rumah. ­Bukannya dia menumbuk sesiapa.

“Ada cikgu memanggilnya bodoh hanya disebabkan dia mahu merasai suasana Piala Dunia, apa yang salahnya?” soal Emma.

Ronaldo mencukur rambutnya dan meninggalkan sedikit jambul di depan ketika final Piala Dunia 2002 yang menyaksikan dia membantu Brazil menjulang trofi kelima.

Menurut Ronaldo, dia gembira kelihatan ‘hodoh’ bagi mengaburi lawannya kerana sedang bergelut dengan kece­deraan kaki. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya