Dengan sekali lafaz, Safawi kini suami Syifa

Dengan sekali lafaz, Safawi kini suami Syifa

SAFAWI Rasid kini bergelar suami kepada Syifa Melvin. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dengan sekali lafaz, bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid akhirnya sah menjadi suami kepada pelakon dan pempengaruh media sosial, Syifa Melvin.

Syifa, 28, atau nama sebenarnya, Nur Syifa Athirah Amirul Melvin dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Khairil Nizam yang mewakili bapanya, Amirul Melvin Abdullah.

Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup di Hotel Hilton, Petaling Jaya yang dihadiri oleh keluarga terdekat.

Biarpun tidak mahu menghebohkan berita perkahwinan itu, namun video majlis akad nikah dan majlis berinai tersebar di media-media sosial malam ini.

Barisan kejurulatihan Harimau Malaya yang diketuai Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon antara 300 tetamu yang menghadiri majlis tersebut.

Begitupun, tiada pemain JDT yang hadir malam ini kerana mereka sedang mengharungi perlawanan persahabatan menentang kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Sejak beberapa hari lalu, pernikahan Safawi, 25, dan Syifa menjadi bualan hangat ekoran tersebarnya kad undangan perkahwinan mereka di media sosial.

Pasangan itu diraikan dalam majlis berinai malam ini sebelum majlis bertandang di pihak lelaki diadakan pada Sabtu depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.