Chelsea tidak boleh kalah lagi

Chelsea tidak boleh kalah lagi

Trevoh Chalobah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Gagal memenangi empat perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris, termasuk dua kekalahan berturut-turut mencetuskan kebimbangan buat bek tengah Chelsea, Trevoh Chalobah apabila bertandang ke Newcastle hari ini.

Chalobah merayu rakan-­rakan sepasukan supaya melayani kunjungan ke Saint James’ Park ibarat final kerana satu lagi kekalahan akan memburukkan kedudukan Blues sebelum liga berehat untuk Piala Dunia 2022.

Keadaan di kem Chelsea juga suram ketika ini selepas pasukan itu kalah 2-0 kepada Manchester City pada pusingan ketiga Piala Liga kelmarin.

Selepas 13 perlawanan, ­Chelsea menduduki tangga ketujuh liga dengan 21 mata, manakala Newcastle ketiga.

CHELSEA tersingkir dari Piala Liga selepas tumpas 2-0 kepada Manchester City di pusingan ketiga.

“Ia perlawanan yang sangat besar.

“Mereka (Newcastle) berada dalam prestasi terbaik. Kami kena benar-benar fokus bermain di tempat lawan, perlu cukup rehat dan anggap ia seperti perlawanan akhir.

“Ini juga perlawanan terakhir kami sebelum rehat Piala Dunia, jadi kami harus meraih tiga mata,” kata Chalobah.

Blues agak bergelut dalam saingan domestik sejak diambil alih Graham Potter, yang masih tercari-cari sistem terbaik untuk pasukan baharunya.

Kali terakhir mereka mencatat kemenangan liga adalah menum­paskan Aston Villa 2-0 pada 16 Oktober lalu.

Sejak itu, mereka diikat 0-0 oleh Brentford, seri 1-1 dengan Manchester United, kalah 4-1 kepada ­Brighton dan tumpas 0-1 kepada Arsenal di laman sendiri, Ahad lalu.

Chalobah juga menyeru rakan sepasukan segera menyesuaikan diri dengan pendekatan bos baharu mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya