Arsenal tidak patut kalah – Arteta

Arsenal tidak patut kalah – Arteta

PEMAIN tengah Brighton, Kaoru Mitoma meraikan gol kedua pasukannya ketika menumpaskan Arsenal pada pusingan ketiga Piala Liga di Stadium Emirates, London semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mikel Arteta me­ne­gaskan, kekalahan Arsenal kepada Brighton dalam Piala Liga semalam tidak menggambarkan apa yang sebenar­nya berlaku dan mereka tidak sepatutnya tumpas.

Buat kali kedua dalam 20 penampilan, pendahulu Liga Perdana Inggeris itu tersingkir di pusingan ketiga selepas tewas 1-3 di depan penyokong sendiri.

Jadual perlawanan padat, ditambah dengan Piala Dunia 2022 yang akan membuka tirai kurang dua minggu dari sekarang memaksa Arteta menurunkan skuad kedua.

Arsenal masih mengatasi Manchester City dalam Liga Perdana tetapi terus kempunan Piala Liga sejak kali terakhir memenanginya pada 1993.

REAKSI pertahanan Arsenal, Rob Holding selepas pasukannya kalah kepada Brighton pada pusingan ketiga Piala Liga di Stadium Emirates, London semalam. – AFP

Eddie Nketiah meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-20, namun penalti Danny Welbeck, selain gol Kaoru Mitoma dan Tariq Lamptey memastikan kemenangan Brighton.

“Keputusan ini tidak menggambarkan apa yang berlaku. Kami jelas lebih baik, malang­nya gagal memanfaatkan peluang,” kata Arteta.

Sementara itu, Manchester City menambah tekanan Graham Potter apabila menyingkirkan Chelsea 2-0.

Turut tersingkir, Tottenham yang tumpas 2-0 kepada Nottingham Forest sekalipun me­nurunkan Harry Kane dalam kesebelasan utama.

Juara bertahan, Liverpool yang menurunkan barisan ­kedua diheret ke penentuan sepakan penalti untuk me­nyingkirkan kelab Liga Satu, Derby 3-2 selepas terikat 0-0 di Anfield. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya