Saran senarai hitam Bruce Gilley

Saran senarai hitam Bruce Gilley

BRUCE GILLEY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan disaran menyenaraihitamkan Prof. Dr. Bruce Gilley berikutan syarahannya di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat di negara ini.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris berkata, pihak yang bertanggungjawab perlu memberikan penjelasan tentang kehadiran pensyarah pro-Israel di universiti awam berkenaan.

“Pihak universiti melalui gerakan belia dan mahasiswa harus bersuara terhadap apa jua ancaman yang boleh membawa agenda negatif dalam minda generasi muda hari ini.

“Perkasa melahirkan rasa kecewa dan kesal kerana seorang pensyarah yang pro-Zionis dibenarkan membuat ucapan kepada komuniti Universiti Malaya baru baru ini,” katanya di sini, semalam.

Pada 16 April lalu, Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya dalam Program Profesor Pelawat 2024 menjemput Gilley untuk menyampaikan syarahan dan mengendalikan bengkel selama tiga hari dari 22 sehingga 24 April lalu.

Pada hari kedua (23 April), ketika menyampaikan syarahan bertajuk Will Malaysia Become an Active Middle Power? didakwa mengeluarkan kenyataan kontroversi berbunyi A country whose political leaders advocate a second Holocaust against the Jewish people will never be a serious player in world affairs, and will certainly never be a friend or partner of the United States.

Menurut Irwan, Malaysia merupakan negara yang berdaulat dan bebas merdeka dari segi jati diri dan identiti apatah lagi ia melibatkan isu kemanusiaan apabila tetap menyatakan pendirian untuk terus mengutuk kekejaman Israel kepada rakyat Palestin.

Sehubungan itu, Irwan berkata, Perkasa juga menggesa kerajaan menyelidik dahulu latar belakang mana-mana individu sebelum diterima masuk ke dalam negara ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN