Argentina, Poland tagih magis 'kuda tua'

Argentina, Poland tagih magis kuda tua

LIONEL Messi (kiri) dan Robert Lewandowski akan menjadi sandaran utama Argentina serta Poland.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Semua mata akan tertumpu kepada dua pemain terbaik dunia, Lionel Messi dan Robert Lewandowski yang bakal menggalas cabaran berat negara mereka apabila Argentina menentang Poland untuk memburu tiket ke peringkat kalah mati Piala Dunia 2022 esok.

Kalah di Stadium 974 bermakna impian Piala Dunia Argentina akan berkecai, manakala Poland pula hanya memerlukan seri untuk layak ke pusingan seterusnya, namun berdepan lawan yang ibarat ‘harimau lapar’ mereka sedar cabaran menanti amat sukar.

LIONEL Messi menggalas harapan besar Argentina.

Dalam satu lagi aksi terakhir Kumpulan C, Arab Saudi dan Mexico juga akan bertarung habis-habisan untuk memenangi perlawanan bagi meloloskan diri ke peringkat 16 akhir.

Berbanding kumpulan lain, Kumpulan C paling terbuka dengan semua pasukan masih berpeluang melayakkan diri, terma­suk Mexico yang menduduki tangga ter­corot dengan hanya meraih satu mata.

Pengendali Argentina, Lionel Scaloni dijangka melakukan beberapa pertukaran taktikal di bahagian pertahanan, namun peranan Messi, 35, yang beraksi di pentas Piala Dunia terakhirnya tetap sama – cuba membocori gawang lawan.

ROBERT Lewandowski menjadi senjata utama Poland untuk berdepan Argentina.

Lewandowski, 34, penyerang tinggi lampai yang mengambil tempat Messi di Barcelona juga diberikan tanggungjawab sama oleh pengendali Poland, Czeslaw Michniewicz – gempur benteng Argentina dan pintu gol lawan.

Mampukah Messi membantu Argentina mengelak ‘tragedi nasional’ tersingkir awal dari Piala Dunia atau Lewandowski ­akhirnya membawa Poland ke peringkat kalah mati buat kali pertama sejak 1986? Debaran semakin memuncak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya