Argentina juara Piala Dunia 2022?

Argentina juara Piala Dunia 2022?

DALAM perlawanan simulasi yang dianjurkan oleh EA Sports menggunakan FIFA 23, Argentina muncul juara Piala Dunia 2022 dan Lionel Messi memenangi Kasut Emas, penjaring terbanyak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Argentina diramal akan menjuarai Piala Dunia 2022, hasil 64 perlawanan simulasi yang dijalankan EA Sports menggunakan konsol permai­nan video popular, FIFA 23.

EA Sports telah bermain semua 64 perlawanan bermula dari peringkat kumpulan sehinggalah ke final.

Lebih menarik, simulasi permainan yang dibuat EA Sports turut menobatkan kapten Argentina, Lionel Messi sebagai pemenang Kasut Emas selaku penjaring terbanyak, selain Pemain Terbaik Piala Dunia 2022.

Messi juga berada dalam se­narai Pilihan Terbaik Piala Dunia bersama empat rakan senegaranya, Emiliano Martinez, Marcos Acuna, Leandro Paredes dan Rodrigo De Paul.

Pemain lain yang turut tersenarai merupakan Marquinhos, Vinicius Junior dan Richarlison dari Brazil; Raphael Varane dan Kylian Mbappe mewakili Perancis, serta pemain Portugal, Joao Cancelo.

Ini bukanlah kali pertama pihak EA Sports membuat ­perlawanan simulasi menjelang kejohanan bola sepak paling berprestij itu.

Dalam tiga edisi sebelum ini mereka turut melakukan perkara sama, dan ramalan yang dibuat menjadi kenyataan apabila Sepanyol, Jerman dan Perancis menjadi juara edisi 2010, 2014 dan 2018.

Bagaimanapun, terdapat ramalan yang tidak ­menjadi ke­nyataan seperti pada 2014, di mana Brazil dijangka mara ke final selaku tuan rumah, namun skuad Salecao dimalukan oleh ­Jerman 7-1 pada separuh akhir.

­EA Sports juga meramalkan Sepanyol akan menamatkan edisi 2014 di tempat ketiga de­ngan menewaskan Portugal 3-1.

Kedua-dua pasukan tersebut bagaimanapun kandas di ­pe­ringkat kumpulan.

Di Qatar 2022, Argentina ­diletak dalam Kumpulan C bersama Poland, Arab Saudi serta Mexico. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.