Arab Saudi malukan Argentina

Arab Saudi malukan Argentina

LIONEL Messi melangkah longlai meninggalkan padang selepas Argentina tumpas 1-2 kepada Arab Saudi dalam aksi pembukaan Kumpulan C, Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Dua gol menakjubkan daripada Saleh Al Shehri dan Salem Al Dawsari sudah cukup untuk membantu Arab Saudi melakar kejutan terbesar dalam kempen Piala Dunia Qatar 2022 dengan menewaskan Argentina dengan keputusan 2-1 di Stadium Lusail sebentar tadi.

Kedua gol tersebut hadir dalam tempoh lima minit pada babak kedua selepas Argentina mendahului terlebih dahulu menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Lionel Messi pada minit kesembilan.

Messi selepas itu berpeluang menggandakan jaringan namun video bantuan pengadil (VAR) telah menafikan gol tersebut.

Walaupun Messi berjaya meletakkan dirinya menjadi pemain kelima dalam senarai penjaring yang berjaya meledak dalam empat edisi Piala Dunia yang berbeza, namun pemenang tujuh kali Ballon d’Or itu gagal menyelamatkan Argentina daripada mengalami kekalahan di tangan Arab Saudi.

Kekalahan ini menyaksikan rekod tanpa kalah dalam 36 perlawanan dimiliki Argentina akhirnya tercalar dan mereka perlu meningkatkan usaha menjelang perlawanan kedua menentang Mexico pada Ahad. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.