3,000 pelumba sertai Siri Motocross Terengganu

3,000 pelumba sertai Siri Motocross Terengganu

PELUMBA cilik negara, Muhammad Hakim Danish (kiri) dan Qabil Irfan bergambar bersama replika cek insentif daripada kerajaan negeri di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 3,000 pelumba dalam dan luar negara dijangka menyertai Siri Motocross Terengganu (TMS) 2023 di negeri ini pada Mac hingga November tahun depan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, edisi julung kali itu bakal diadakan sebanyak lima pusingan di lima venue berasingan.

Beliau berkata, TMS 2023 juga menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM80,000 beserta piala kepada pemenang dalam kategori masing-masing.

“Sukan motosikal lasak sangat diminati di Terengganu dan terdapat trek di setiap daerah di bawah kendalian kelab motocross selain penglibatan pihak persendirian yang sangat aktif.

“TMS 2023 akan diadakan di Trek Kubang Ikan (Mac), Dungun (Mei), Trek Kelimo Kerteh 5 (Ogos), Trek Monica Bay, Kemaman (Oktober) dan berakhir di Sand Trek Kerteh pada November.

“Dengan kos penganjuran hampir RM1 juta, diharap kejohanan TMS 2023 dapat membangunkan sukan permotoran dan mencungkil bakat baharu dalam kalangan pelumba muda,” ujarnya.

Wan Sukairi berkata demikian selepas menyampaikan insentif kepada ikon permotoran Terengganu, Muhammad Hakim Danish Ramli dan Qabil Irfan Azlan di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, dua pelumba cilik negara itu masing-masing menerima imbuhan RM5,000 selepas mengharumkan nama negara dalam perlumbaan disertai baru-baru ini.

Muhammad Hakim Danish, 15, mencipta sejarah muncul pelumba pertama negara menjuarai Kejuaraan Asia Talent Cup yang berakhir di Indonesia, 13 November lalu dengan mengutip 187 mata keseluruhan.

Manakala Qabil Irfan, 10, yang turut menerima sebuah motosikal bernilai RM50,000 daripada kerajaan negeri pula meraih tempat ketiga Super Final MiniGP Dunia di Valencia, 4 November lalu.

“Kedua-dua pelumba ini membuktikan faktor usia atau fizikal tidak menghalang mereka daripada menyaingi pelumba Eropah dan Asia yang jauh lebih berpengalaman.

“Sebagai ikon permotoran, diharap prestasi cemerlang itu dijadikan pembakar semangat kepada atlet muda lain terutama dalam sukan permotoran,” tambah Wan Sukairi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya