Zamsaham sedia jual PSPS Riau

Zamsaham sedia jual PSPS Riau

NORIZAM Tukiman ketika melawati stadium milik PSPS Riau, Stadium Kaharudin Nasution di Pekanbaru, Riau, Indonesia, Mei lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas berdepan desakan masyarakat Riau, Norizam Tukiman bersedia melepaskan pemilikannya dalam kelab bola sepak Indonesia itu.

Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham bagaimanapun hanya akan melepaskan kelab tersebut jika pemilik baharu dapat membayar 81 peratus saham yang bernilai 15 bilion rupiah (RM4.58 juta).

“Mengenai permintaan dari masyarakat Riau dan Curva Nord 1955 khususnya untuk melepaskan semua saham milik Norizam Tukiman dan partner adalah sesuatu yang berat untuk dilaksanakan.

“Memandangkan Presiden kelab memegang prinsip apa yang beliau telah mulai perlu diselesaikan dan berniat ikhlas untuk memajukan prestasi PSPS Riau sejak awal.

“Namun setelah melakukan perbincangan bersama pihak atasan serta melihat faktor-faktor lain demi masyarakat Riau, Presiden kelab bersedia untuk menimbang melepaskan semua saham tersebut sejumlah 81 peratus dengan syarat ada pihak yang dapat membeli saham tersebut dengan nilai yang ditawarkan sejumlah Rp. 𝟭𝟱.𝟬𝟬𝟬.𝟬𝟬𝟬.𝟬𝟬𝟬 ( 15 bilion rupiah),” kata PSPS Riau dalam satu kenyataan di Instagram rasmi kelab semalam.

Menurut kenyataan itu, jika ada individu, tokoh atau syarikat yang berminat untuk membeli kelab, mereka boleh membuat pembayaran terus kepada Norizam dan saham 81 peratus akan dipindahkan kepada pemilik baharu.

“Jika ada yang berminat, kami (pengurusan sedia ada) akan terus menguruskan kelab sehingga selesai (semua urusan) dan pertukaran stadium atau home base mungkin akan berlaku,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN