Tok Gajah kena ganyang di tempat sendiri

Tok Gajah kena ganyang di tempat sendiri

TERENGGANU FC mengorak langkah besar untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia selepas membenam Sri Pahang 5-1.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Terengganu FC membawa pulang bekalan paling selesa apabila membenam Sri Pahang 5-1 dalam aksi pertama, pusingan 16 akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur sebentar di sini malam ini.

Jaringan pantas Kpah Sherman dalam tempoh 55 saat yang mungkin gol terpantas Piala Malaysia musim ini memulakan pesta gol Penyu.

Kesilapan pemain pertahanan Sri Pahang, Fayziew Naimovich cuba menolak bola ke arah penjaga gol, Mamadou Samassa sempat dipintas Sherman untuk menolak bola ke dalam gawang tuan rumah.

Belum reda dengan sorakan kegembiraan  Terengganu, penyokong Sri Pahang sekali lagi terus terdiam apabila pelawat meledak gol kedua pada minit ketiga perlawanan.

Kali ini gandingan dua bekas pemain Sri Pahang, Faisal Halim berjaya menolak bola ke kaki Nik Sharif Haseefy untuk satu sepakan deras yang menewaskan Samassa sekali lagi.

Beraksi di hadapan hampir 20,000 penonton, Sri Pahang cuba bangkit dan memiliki peluang terbaik pada minit keenam melalui sepakan sudut Manuel Hidalgo tetapi gagal dimanfaatkan penyerang tuan rumah.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi tidak berhasil sehingga ke-minit 42, Sri Pahang berjaya merapatkan jurang 1-2 hadil jaringan Steven Rodriguez.

Memasuki separuh masa ke dua, anak-anak buah Mohd. Nafuzi Zain berpeluang menambah gol ketiga tetapi diselamatkan pertahanan Sri Pahang walaupun Samassa gagal menampan bola.

Sri Pahang juga mempunyai peluang  merapatkan jurang, namun penjaga gol Terengganu, Mohd. Suhaimi Husin lebih bersedia mengawal gawangnya.

Akhirnya pada minit ke-49, giliran Faisal  berjaya mencetak nama sebagai penjaring gol Terengganu untuk Penyu mendahului 3-1.

Belum sempat Pahang ‘menarik nafas’, Terengganu menambah gol keempat melalui  Sherman pada minit ke-52.

Beraksi dalam keadaan padang basah selepas hujan di separuh masa kedua sedikit menjejaskan rentak perlawanan yang agak tegang.

Sherman akhirnya melengkapkan hatrik  pada minit ke- 90, sekali gus menjadikan Terengganu antara pilihan untuk merangkul Piala Malaysia musim ini.

Tugas getir kini menanti Tok Gajah untuk merubah nasib mereka apabila bertandang ke Terengganu dalam aksi timbal balik, Selasa depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN