The Jangs janji sekat JDT

The Jangs janji sekat JDT

AKSI Ahmad Syihan Hazmi ketika berdepan JDT dalam perlawanan pertama Liga Super, 11 Mei lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Negeri Sembilan akan melakukan apa sahaja untuk menyekat Johor Darul Ta’zim (JDT) dan menghidupkan peluang memburu dua slot Piala AFC musim depan apabila menentang Harimau Selatan dalam aksi Liga Super malam ini.

Dikaitkan dengan perpindahan ke JDT musim depan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed enggan melayani gosip tersebut, sebaliknya mempersiapkan fizikal dan mental untuk menjadi benteng terakhir The Jangs.

Penjaga gol Harimau Malaya itu berharap prestasi cemerlang ketika menggalas tugas Harimau Malaya dalam Piala Raja Thai dapat diteruskan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sekali gus membantu pasukannya membawa pulang mata.

Negeri Sembilan hanya ­tewas tipis 0-1 menerusi jari­ngan Fernando Forestieri pada pertemuan pertama dengan JDT di Paroi, 11 Mei lalu, yang menyaksikan Matheus Alves dilayangkan kad di waktu kecederaan.


PEMAIN Negeri Sembilan menjalani latihan menjelang pertemuan menentang JDT. – IHSAN NSFC

“Saya hanya mahu fokus kepada perlawanan dan akan memberikan aksi 100 peratus menentang JDT.

“Pada saya bola itu bulat dan apa sahaja boleh berlaku,” kata Syihan.

Bagi pengendali Negeri Sembilan, K. Devan, baki empat perlawanan terakhir Liga ­Super tempoh amat kritikal buat ­pasukannya dan mereka tidak boleh melakukan kesilapan.

The Jangs akan bersaing dengan Sabah, Terengganu FC, Kuala Lumpur City (KL City) dan ­Kedah dalam usaha mencari dua tiket ke Piala AFC 2023.

“Daripada apa yang saya lihat, semua pemain semakin berkeyakinan dan sangat dahagakan kejayaan, malah mereka bebas daripada kecederaan kecuali Ahmad Khuzaimi (Piee) yang tidak boleh beraksi berdepan JDT ekoran digantung satu perlawanan.

K. DEVAN memantau latihan skuad The Jangs.

“Berada di tangga ketiga pada masa ini, saya mahu pasukan kekal di kedudukan sekarang kerana menamatkan cabaran selaku tiga teratas akan menjamin tempat ke Piala AFC pada musim depan.

“Sekiranya kami mampu layak, ini sesuatu yang baik kepada pasukan bermain di pentas tertinggi seperti Piala AFC,” katanya.

Selepas menentang JDT dan Kedah, Jumaat depan, dua lagi pasukan yang bakal mencabar Negeri Sembilan ialah Melaka United (11 Oktober) serta Sri ­Pahang (15 Oktober).

Mengumpul 35 mata, Negeri Sembilan hanya ditinggalkan satu mata di belakang pasukan tangga kedua, Sabah.

Begitupun mereka diekori Terengganu FC yang meraih ­­32 mata, manakala Kuala Lumpur (29) dam Kedah (27 mata) masih ada kelebihan satu perlawanan di dalam tangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.