Selangor tak perlu ‘menumpang’ lagi

Selangor tak perlu ‘menumpang’ lagi

LAKARAN cadangan pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam yang dijangka siap menjelang 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas dua musim ‘menumpang’, penyokong Selangor FC teruja hendak memasuki stadium sendiri apabila Stadium Shah Alam (SSA) baharu bakal dibina dan dijangka siap menjelang 2026.

Kelmarin, Ketua pegawai eksekutif (CEO) Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), Norita Mohd. Sidek mengesahkan, SSA yang menjadi lambang kemegahan bola sepak Selangor akan dirobohkan dan diganti dengan stadium lebih kecil tetapi moden.

Bukan sahaja SSA, malah keseluruhan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) di tapak seluas lebih 200 ekar itu turut akan dirobohkan dan dibangunkan semula.

SSA bakal mengalami transformasi apabila menjadi stadium serbaguna yang lengkap dengan segala kemudahan sukan, riadah dan aktiviti komersial dengan anggaran kapisiti 35,000 hingga 40,000.

Bagi Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC), Mohammed Haniff Rana Manzoor, ‘kelahiran’ semula SSA biarpun dalam bentuk berbeza pasti membanggakan penyokong.

“Sebelum ini kita asyik menumpang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya tetapi dengan adanya Stadium Shah Alam kita boleh berbangga.

“Tiada lagi alasan kurang padang latihan atau fasiliti yang mengganggu persiapan, SSA umpama suntikan motivasi buat pemain itu sendiri untuk memberikan aksi terbaik,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Tegasnya, usaha yang dilaksanakan pengurusan Selangor menampakkan perkembangan bukan sahaja pasukan tetapi fasiliti fasiliti lain untuk pembangunan bola sepak.

“Banyak perubahan telah berlaku dan saya harapkan ia berterusan untuk memastikan Selangor kembali digeruni,” ujarnya.

Sebelum ini dilaporkan kos untuk membaik pulih SSA sedia ada mencecah RM787 juta.

Isu yang turut menjadi perhatian pemaju untuk membina stadium baharu adalah banjir yang kerap melanda Shah Alam.

“Stadium Shah Alam sendiri berada di kawasan paling rendah, jadi konsep pembangunan semula membabitkan kawasan padang yang akan diangkat lebih tinggi.

“Paling utama, pembinaan semula KSSA mengambil kira pembangunan fasiliti sukan dengan penjaanaan pendapatan.

“Stadium itu nanti akan mempunyai tiga jenis padang yang boleh ditukar mengikut kesesuaian acara, baik padang rumput, padang sintetik mahupun penggunaan lantai konkrit untuk tujuan lain seperti penganjuran konsert,” kata Norita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.