Sang Penyu lonjak ke tangga ketiga

Sang Penyu lonjak ke tangga ketiga

PAPE Diakite menjaringkan gol pembukaan Terengganu FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Perebutan slot ke Piala AFC 2023 makin sengit apabila Terengganu FC (TFC) mengalahkan Sabah FC 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, sebentar tadi.

Keputusan itu selain kekalahan Negeri Sembilan membantu TFC melonjak ke tangga ketiga hanya satu mata ketinggalan di belakang Sabah di tempat kedua.

Turun selaku tuan rumah, TFC bermula garang melalui percubaan deras Manuel Ott namun ditepis keluar penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat untuk sepakan sudut kepada skuad Sang Penyu.

Petrus Shitembi yang mengambil sepakan itu membuat umpanan menarik dan ditanduk kemas bek tengah, Pape Diakite, untuk gol pembukaan TFC pada minit ketujuh.

Sabah FC berpeluang mengikat jaringan pada minit ke-12 menerusi hantaran leret Saddil Ramdani dari sebelah kanan tetapi tolakan Mohd. Irfan Fazail dinafikan penjaga gol TFC.

Setengah jam permainan berlangsung, TFC terus ceria setelah Nik Sharif Haseefy Mohd. Lazim mudah menyudahkan gerakan Faisal Abdul Halim untuk melebarkan kedudukan 2-0.

Kedua-dua pasukan kemudian saling bertukar serangan dengan tandukan Park Taesu (m-52) ditepis sebelum bola tolakan Kipre Tchetche (m-54) dikeluarkan Dominic Tan di atas garisan.

Nasib malang menimpa pelawat yang kekurangan seorang pemain gara-gara kad kuning kedua kepada Mohd. Rizal Ghazali yang mengasari Hakimi Abdullah ketika permainan berbaki 14 minit.

Kelebihan itu digunakan Sang Penyu untuk mempertahankan kelebihan 2-0 sekaligus menceriakan hampir 12,000 penonton dengan kemenangan berharga di laman sendiri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya