Sang Kenari ‘patah sayap’ tewas kepada PJ City

Sang Kenari ‘patah sayap’ tewas kepada PJ City

AKSI pemain Kedah ketika menentang PJ City dalam perlawanan Liga Super di Alor Setar. - IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Persiapan Kedah Darul Aman (KDA) FC bertemu pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu depan seakan terganggu apabila tewas 0-1 kepada Petaling Jaya City (PJ City) di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Jaringan tunggal pemain gantian PJ City, R. Ruventhiran pada minit ke-69 sudah cukup menghampakan pasukan tuan rumah yang kembali mencatatkan kekalahan dalam aksi Liga Super.

Ruventhiran tenang menolak masuk bola selepas menerima hantaran ketua pasukan PJ City, Mahalli Jusuli dari arah kiri gawang KDA yang dikawal Muhamad Ilham Amirullah Razali.

AKSI pemain Kedah ketika menentang PJ City dalam perlawanan Liga Super di Alor Setar. – IHSAN KDA FC

Pada separuh masa pertama, KDA mempamerkan kawalan baik pada 15 minit pertama, namun peluang yang terhidang tidak dapat disudahkan dengan jaringan.

PJ City yang kembali memberi saingan turut cuba mengasak kubu KDA, namun mereka juga terpaksa akur dengan penyudah yang tidak menjadi.

Bersambung babak kedua, penyerang import KDA, Ronald Ngah Wanja mendapat peluang membuka jaringan pada minit ke-62 tetapi disia-siakan walaupun dia tidak dikawal kemas pertahanan lawan.

AKSI pemain Kedah ketika menentang PJ City dalam perlawanan Liga Super di Alor Setar. – IHSAN KDA FC

Pada minit ke-85, tandukan cantik Marc Vales hampir mengikat kedudukan, tetapi ia hanya melepasi palang PJ City selepas mendapat umpanan Sanrawat Dechmitr.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dengan KDA bakal bertemu JDT di Stadium Darul Aman pada perlawanan seterusnya Selasa ini.

Pertembungan itu bakal menjadi tumpuan ekoran ‘aksi’ di luar padang antara Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya