Maut jatuh tingkat tiga ketika cuba ambil bola pickleball - Utusan Malaysia

Maut jatuh tingkat tiga ketika cuba ambil bola pickleball

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan di Pudu, Kuala Lumpur semalam ketika memanjat pagar untuk mengambil bola pickleball.

Mangsa berusia 32 tahun itu maut di lokasi kejadian sebelum laporan polis dibuat pada pukul 9.43 malam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, mangsa difahamkan sedang bermain pickleball di gelanggang di tingkat tiga sebelum bola berkenaan tercampak keluar kawasan.

“Dia kemudian bertindak memanjat pagar di sebelah gelanggang untuk mengambil semula bola tersebut namun tergelincir dan jatuh ke tingkat bawah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN