Ronaldo, Haaland siapa lebih padu?

Ronaldo, Haaland siapa lebih padu?

PERTEMBUNGAN Erlin Haaland, Cristiano Ronaldo bakal mencuri tumpuan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Erik ten Hag menegaskan, Manchester United tidak hanya tertumpu kepada ‘mesin gol’ Manchester City, Erling Haaland semata-mata apabila dua gergasi Liga Perdana Inggeris itu berentap dalam pertembungan ‘derbi’ Liga Perdana Inggeris hari ini.

Ketika Haaland, 22, bersedia untuk meneruskan permulaan menakjubkan bersama City, United pula akan mengeluarkan senjata ‘lama’ tetapi masih digeruni, Cristiano Ronaldo yang dijangka mengetuai jentera serangan ekoran kecederaan Marcus Rashford.

Bermula buruk dalam dua aksi pembukaan musim, United bagaimanapun bangkit dalam empat perlawanan berikutnya, termasuk menumpaskan Liverpool dan Arsenal untuk berada di tangga kelima liga dengan 12 mata, hanya lima mata di belakang City yang berada pada kedudukan kedua.

Bakal merasai pengalaman pertama menghadapi perlawanan ‘derbi’ Manchester, Ten Hag teruja untuk memimpin Red Devils melakar kemena­ngan sensasi di Etihad, sekali gus mengembalikan pasukan itu ke landasan mencabar kejuaraan.

ERIK ten Hag dinobat sebagai jurulatih terbaik Liga Perdana Inggeris bulan September.

“Kami tidak menentang ­Erling Haaland, kami beraksi menentang Manchester City.

“Kami yakin dengan kemampuan pasukan. Jika kami bertindak sebagai satu pasukan maka kami boleh menewaskan lawan. Itulah kepercayaan kami apabila turun dalam pertembungan Ahad ini,” kata Ten Hag.

Haaland memulakan musim pertamanya bersama City de­ngan prestasi luar biasa apabila meledak 11 gol daripada tujuh penampilan Liga Perdana, malah dia turut melakar hatrik dalam dua perlawanan berturut-turut.

Dengan kecederaan yang dialami pertahanan tengah, Harry Maguire sekembalinya daripada tugasan antarabangsa bersama England, United akan mele­takkan gandingan bek ­tengah, Raphael Varane dan Lisandro Martinez untuk mengawal ­Haaland serta serangan City.

MARCUS Rashford (kanan) muncul pemain terbaik Liga Perdana bulan September.

Rashford dan Anthony Martial pula sudah semakin cergas tetapi Ten Hag mungkin ­enggan mengambil risiko mempertaruhkan pemain yang belum 100 peratus pulih.

Ronaldo, 37, yang akhirnya menjaringkan gol pertama musim ini ketika membantu Red Devils menumpaskan Sheriff ­Tiraspol 2-0 dalam kempen Liga Europa, 16 September lalu dijangka mendapat kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama.

Kapten Portugal itu mungkin kurang menyerlah akhir-akhir ini, namun pengalaman yang dimilikinya penting untuk mengetuai United berdepan perlawanan terbesar mereka musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya