Penyokong kecewa pintu masuk terhad

Penyokong kecewa pintu masuk terhad

ZARLIZAN (kiri) bersama ahli keluarga hadir memberikan sokongan buat KL City FC dalam final Piala AFC. - UTUSAN/SUBKHI SUDARJI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemeriahan pentas final Piala AFC sedikit ‘dipalit’ kekecewaan selepas penonton terpaksa beratur panjang untuk masuk ke dalam Stadium Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Penonton khususnya penyokong Kuala Lumpur City (KL City) dilihat beratur sekurang-kurangnya 200 meter untuk masuk menerusi pintu C yang dikhususkan untuk penyokong tuan rumah.

Berdasarkan tinjauan Utusan Malaysia, petugas di pintu masuk melakukan pemeriksaan rapi untuk memastikan tiada sebarang barangan terlarang dibawa masuk.

 

SEBAHAGIAN penyokong yang mahu memasuki Stadium Nasional, Bukit Jalil menonton final Piala AFC. – UTUSAN/SUBKHI SUDARJI

Bagi penyokong setia KL City, Zarnizan, 37, dia ternyata kecewa apabila terpaksa menghabiskan masa yang lama untuk beratur masuk ke stadium.

“Seharusnya pihak bertanggungjawab membuka lebih banyak pintu masuk untuk mengelakkan keadaan sedemikian berlaku.

“Dalam keadaan cuaca ketika ini yang gerimis, terpaksa beratur hampir 200 meter sangat mengecewakan,” ujarnya yang hadir bersama keluarga.

Dianggarkan hampir 15,000 penonton hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala AFC diantara KL City FC menentang kelab dari Oman, Al-Seeb yang bakal bermula jam 7 malam nanti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN