'Musibah' saat akhir bawa malang kepada Liverpool

‘Musibah’ saat akhir bawa malang kepada Liverpool

PEMAIN Liverpool, Fabinho (kiri), Alex Oxlade-Chamberlain (tengah) dan Jordan Henderson kecewa selepas dimalukan 1-0 oleh Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris di The City Ground, Nottingham. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mendedahkan, terpaksa melakukan beberapa pertukaran pada saat akhir punca pasukannya dimalukan 1-0 oleh Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi.

Pemain tengah berpengaruh, Thiago Alcantara digegaskan ke hospital beberapa jam sebelum perlawanan selepas mengadu sakit yang serius di telinga.

Penyerang Uruguay, Darwin Nunez disisihkan kerana kecederaan hamstring yang memaksa Klopp menggunakan sistem 4-4-2 dengan Mohamed Salah dan Roberto Firmino mengetuai serangan.

Dengan Luis Diaz dan Diogo Jota sudahpun diketepikan lebih awal, Reds mempunyai pilihan amat terhad di bahagian serangan dan tidak dapat menggunakan taktikal biasa 4-3-3 atau 4-3-2-1.

KETIADAAN Thiago (kiri) dan Luis Diaz  amat dirasai oleh Liverpool.

Klopp mendedahkan, Thiago bangun pada pukul 5.15 pagi dalam kesakitan dan memanggil doktor pasukan yang kemudian membawa pemain Sepanyol itu ke hospital untuk pemeriksaan, dan dia didapati mengalami jangkitan di telinga.

Pemain muda, Curtis Jones mengisi tempat Thiago untuk permulaan pertamanya musim ini.

Liverpool sudahpun kehilangan ramai tonggak seperti Ibrahima Konate, Joel Matip, Naby Keita serta Arthur Melo, dan itu membawa kesan besar kepada prestasi mereka.

“Tidak terlintas dalam fikiran saya untuk menurunkan Curtis bermain awal tetapi Thiago bangun pada pukul 5.15 pagi dengan kesakitan akibat jangkitan telinga yang teruk.

“Dia terpaksa pergi ke hospital dan sebelum kami menghantarnya pulang selepas itu,” kata Klopp.

Tanpa perancang utama mereka, Liverpool terpaksa bermain 4-4-2, formasi yang tidak pernah digunakan, namun Klopp tetap merasakan pasukannya patut memenangi perlawanan ketiga berturut-turut.

“Kami terpaksa membuat banyak perubahan dan ia bukanlah persembahan yang membosankan. Kami membuat hantaran yang salah di bahagian tengah.

“Kami patut menang dan kami boleh melakukannya dengan melakukan perkara yang betul.

“Kami tidak melakukannya dan itulah sebabnya kami kalah. Kami tidak menggunakan momen kami dengan baik. Kami mempunyai enam peluang jelas daripada set piece.

“Kami telah bermain tiga perlawanan dengan intensiti tinggi dalam enam tempoh enam hari,” katanya.

AKSI kapten Liverpool, Jordan Henderson (kanan) ketika menentang Nottingham Forest.

Reds yang mengalahkan Manchester City dan West Ham 1-0 dalam dua perlawanan terakhir mereka akan berdepan Ajax dalam Liga Juara-Juara, Rabu ini.

Mereka kemudian akan menentang Leeds pada malam Sabtu, dalam aksi di mana Klopp mungkin digantung selepas menerima pertuduhan berkelakuan tidak wajar ketika menentang City. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN