'Mood' Liverpool membara jumpa Manchester City

‘Mood’ Liverpool membara jumpa Manchester City

KEMENANGAN 7-1 ke atas Rangers dalam saingan Liga Juara-Juara di Stadium Ibrox, Glasgow meletakkan keyakinan Liverpool di tahap tertinggi menjelang pertemuan dengan Manchester City, Ahad ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GLASGOW: Jurgen Klopp percaya, kemenangan besar 7-1 ke atas Rangers dalam Liga Juara-Juara semalam telah me­rubah ‘mood’ Liverpool menjelang pertemuan dengan Manchester City, Ahad ini.

Mohamed Salah juga kembali menemui sentuhan berbisa apabila meledak hatrik terpantas dalam sejarah kejohanan untuk meletakkan Reds sebelah kaki ke peringkat kalah mati.

Selepas terikat 1-1 pada babak pertama, Liverpool mempamer prestasi hebat di separuh masa kedua dengan meledak enam gol untuk memberi kekalahan terburuk buat Rangers di Ibrox.

Kemenangan itu hadir tepat pada masanya ketika anak-anak buah Klopp bakal menerima kunjungan City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield.

MOHAMED Salah mengganas dengan meledak hatrik di Ibrox.

“Ya, ia (kemenangan besar) mengubah mood pasukan sepenuhnya tetapi kita tahu siapa yang akan kami sambut Ahad ini. Ia pasti permainan berbeza.

“Begitupun lebih baik menghadapi perlawanan itu dengan perasaan bagus berbanding mood yang lain,” kata Klopp.

Reds yang dibayangi kekalahan 3-2 kepada Arsenal ketika tiba di Scotland bermula perlahan dan ketinggalan 1-0 menerusi gol Scott Arfield pada minit ke-17.

ROBERTO Firmino meledak dua gol.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Liverpool bertindak balas dan Roberto Firmino menanduk gol penyamaan, tujuh minit kemudian.

Penyerang Brazil itu kemudian meledak gol kelapannya musim ini dengan menyempurnakan hantaran lintang Joe Gomez pada minit ke-55, sebelum Darwin Nunez menjadikan kedudukan 3-1 di minit ke-60.

DARWIN Nunez turut mencetak nama sebagai penjaring.

Salah yang dibawa masuk menggantikan Nunez pada minit ke-68, menunjukkan impak luar biasa apabila meledak hatrik dalam tempoh enam minit.

Harvey Elliott melengkapkan pesta gol Liverpool di minit ke-87 biarpun terpaksa menunggu video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan jaringannya.

Reds kini menghuni tangga ke­dua Kumpulan A dengan sembilan mata, tiga mata di belakang Napoli yang mara ke pe­ringkat kalah mati selepas menundukkan Ajax 4-2. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN