Misi ‘hidup mati’ Malaysia di Bogor

Misi ‘hidup mati’ Malaysia di Bogor

PEMAIN muda negara menggalas tugas getir memburu tiga mata ke atas UAE dalam kempen Kelayakan Piala Asia B-17 di Bogor, Indonesia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia turun dengan misi ‘hidup mati’ apabila berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam Kelayakan Piala Asia Bawah 17 tahun (B-17) di Bogor, Indonesia hari ini kerana hanya kemenangan menghidupkan peluang anak-anak didik Osmera Omaro untuk memburu tiket ke pusi­ngan akhir tahun depan.

Bagaimanapun ia bukan tugas mudah kerana UAE pastinya mahu bangkit mencari tiga mata selepas kalah tipis 2-3 kepada Indonesia kelmarin.

Malah, pasukan itu juga menang besar 9-0 ke atas Guam, lawan yang mengikat Malaysia 1-1 dalam aksi kedua kelmarin.

“Pemain sedang mempersiapkan mental dan fizikal untuk mengharungi dua perlawanan getir (UAE dan Indonesia).

“Perlawanan menentang Guam tidak mencerminkan kebolehan pasukan dan pemain berazam untuk bangkit memburu kemenangan.

“Memang kami perlukan kemenangan pada aksi menentang UAE,” kata Osmera kepada Utusan Malaysia, semalam.

Malaysia kini di kedudukan ketiga Kumpulan B dan dibezakan dua mata de­ngan UAE yang sudah beraksi tiga perlawanan berbanding skuad negara yang baru dua kali beraksi.

Indonesia menerajui kumpulan dengan enam mata selepas kemenangan 14-0 mengatasi Guam dan 3-2 ke atas UAE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya