Cabar adrenalin di Sabah

Cabar adrenalin di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Negeri di bawah bayu ini bukan sekadar destinasi percutian sekeluarga, tetapi turut menjadi gelanggang terbaik bagi mereka yang ingin mencabar adrenalin dan menimba pengalaman baharu.

Dengan lanskap yang merangkumi gunung-ganang, sungai deras, pantai mempesona dan hutan tropika terpelihara, setiap sudut Sabah seolah-olah menawarkan ruang tersendiri untuk aktiviti lasak.

Keunikan bentuk muka bumi inilah yang menjadikannya sebagai pilihan utama bagi penggemar cabaran ekstrem.

Berikut antara destinasi menarik di Sabah yang boleh dilawati untuk menguji ketahanan diri, mengasah keyakinan dan mencipta kenangan.

 

Tawan gunung
Sabah bukan sahaja terkenal dengan Gunung Kinabalu, sebaliknya mempunyai beberapa puncak lain untuk ditawan antaranya Gunung Trus Madi (2,642 meter) yang merupakan puncak kedua tertinggi di Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk menakluk Gunung Sinsing (2,586 meter), Gunung Tambuyukon (2,579 meter) dan Gunung Kaingaran (2,468 meter).

Setiap puncak ini menawarkan cabaran dan keindahan tersendiri.

 

Sungai Padas, Kiulu

Bagi pencinta aktiviti air, Sabah menawarkan dua destinasi jeram terbaik iaitu di Kiulu dan Tenom.

Di Sungai Kiulu, aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur.

Namun tidak di Sungai Padas, Tenom kerana aliran air yang deras dan mencabar, sekali gus menjadikannya lokasi kegemaran penggiat sukan ekstrem dari dalam dan luar negara.

Kelajuan air dan keadaan laluan jeram yang dinamik memberikan pengalaman arung jeram yang paling mengujakan di Malaysia.

Tidak hairanlah Sungai Padas sering menjadi medan utama bagi peminat cabaran lasak yang dahagakan aksi dan keseronokan maksimum.

‘Bermain’ bersama barracuda
Pulau Sipadan adalah antara syurga selam terbaik dunia yang menawarkan keindahan dan peluang melihat kawasan ikan alu-alu atau barracuda, yu terumbu karang, penyu laut serta pembentukan unik geologi tebing laut yang menjunam ke dalam lautan biru yang dalam.

Di samping itu, Pulau-pulau berdekatan seperti Mabul dan Kapalai juga menawarkan pengalaman melihat hidupan marin yang berwarna-warni serta resort atas air yang menggabungkan keselesaan dengan pengembaraan.

Untuk lokasi yang lebih dekat dengan Kota Kinabalu, Taman Marin Tunku Abdul Rahman menyediakan aktiviti snorkel dan selaman yang mudah diakses, dengan hanya 20 minit perjalanan bot dari pusat bandar.

 

Road trip santai
Selain itu, Sabah mempunyai banyak laluan perjalanan road trip yang indah.

Pandulah melalui daerah Tambunan, Keningau dan Tenom, atau kawasan yang dipenuhi dengan jalan pergunungan berliku, air terjun serta perkampungan.

Jangan lupa singgah di inap desa tempatan untuk merasai layanan mesra rakyat Sabah serta mencuba hidangan tradisional seperti hinava atau tuhau.

Kalau di pesisir pantai, laluan dari Kota Belud ke Kudat pula menawarkan pemandangan memukau melalui kawasan sawah padi serta perkampungan Bajau dan Rungus sebelum berakhir di tip of Borneo, tempat pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN