Luka KL City sudah ‘sembuh’

Luka KL City sudah ‘sembuh’

PEMAIN Kuala Lumpur City sudah melupakan kekalahan kepada Al-Seeb pada perlawanan akhir Piala AFC, Sabtu lalu untuk memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuala Lumpur City (KL City) sudah melupakan kekalahan dalam final Piala AFC, Sabtu lalu dan pemain sedia membuka lembaran baharu dengan memburu kemenangan apabila berdepan PDRM FC pada aksi pembukaan Piala Malaysia malam ini.

Bintang tengah KL City, Zhafri Yahya optimis skuad warga kota akan bangkit daripada memori pahit tewas kepada Al-Seeb di Cheras.

Begitupun, dia mengingatkan rakan sepasukan agar tidak memandang ‘sebelah mata’ lawan yang menamatkan cabaran Liga Perdana di tangga keenam.

“Bagi kami, apa yang terjadi pada perlawanan akhir itu sebagai sesuatu yang mengecewakan apabila terlepas peluang terbaik untuk merangkul kejuaraan Piala AFC.

“Tetapi sebagai pemain, kita kena terus lupakan perkara lepas dan bersiap sedia untuk perlawanan yang mendatang memandangkan kami punyai rekod yang baik di Piala Malaysia musim lalu apabila muncul juara.

“Kami mahu bangkit dalam Piala Malaysia dan berharap kami boleh mengulangi kejayaan yang sama walaupun di atas kertas, sememangnya laluan yang sangat mencabar jika mahu lebih jauh.

“Sesiapa sahaja yang kami temui termasuk PDRM, kami sama sekali tidak memandang rendah dan akan bagi 100 peratus bagi mendapatkan kemenangan untuk menjamin laluan ke peringkat seterusnya,” katanya.

KL City akan turun dengan status juara bertahan selepas memenanginya kejuaraan musim lalu, mengejutkan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 dalam perlawanan akhir.

Dalam aksi final Piala Malaysia tahun lalu, dua gol jaringan Zhafri dan ketua pasukan Paulo Josue melengkapkan musim gemilang KL City dengan menewaskan JDT 2-0 walaupun skuad bimbingan Bojan Hodak itu tidak diletakkan harapan untuk menjulang Piala Malaysia selepas 32 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN