Liverpool cicir mata lagi

Liverpool cicir mata lagi

PENYERANG Liverpool, Roberto Firmino (kanan) bersaing dengan pemain Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Walaupun mempamer kebangkitan hebat selepas ketinggalan 0-2, namun hatrik Leandro Trossard membantu Brighton mengikat Liverpool 3-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Gol pantas Trossard pada minit keempat dan 17 mengejutkan Reds 2-0 di Anfield.

Liverpool bagaimanapun membalas dengan dua jaringan Roberto Firmino pada minit ke-33 dan 54.

Reds menyangkakan mereka telah melakukan kebangkitan sempurna apabila mendahului 3-2 selepas sepakan penjuru Trent Alexander-Arnold terkena lengan bek kiri lawan,  Adam Webster sebelum memasuki gawang pada minit ke-63.

Bagaimanapun, ketika permainan berbaki tujuh minit untuk ditamatkan, Trossard meragut hasrat Reds untuk mengutip tiga mata di laman sendiri dengan meledak gol penyamaan.

Trossard menyudahkan hantaran lintang Kaoru Mitoma untuk menyumbat hatrik yang menakjubkan dan memastikan satu mata buat penting pasukannya.

Keputusan seri kali keempat daripada tujuh perlawanan menyebabkan anak-anak buah Jurgen Klopp makin parah apabila menghuni tangga kesembilan dengan 10 mata, 11 mata ditinggalkan pendahulu, Arsenal.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan tumpuan, jaringan pemain gantian,  Conor Gallagher pada minit ke-90 membantu Chelsea menang 2-1 di Crystal Palace.

Odsonne Edouard terdahulu meletakkan tuan rumah di depan seawal minit ketujuh, namun Pierre-Emerick Aubameyang menyamakan kedudukan di minit ke-38. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya