Christian ambil upah mengajar tenis tampung karier

Sukar dapat penaja Christian cari jalan sendiri tampung perbelanjaan kejar cita-cita di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK seperti badminton yang menjadi sukan kegilaan rakyat Malaysia, tenis yang begitu popular di seluruh dunia seakan suram sambutannya di negara ini.

Bagaimanapun situa­si itu tidak sesekali melemahkan semangat pemain muda negara, Christian Didier Chin yang nekad untuk terus berkelana di Australia bagi mengejar cita-citanya beraksi dalam Jelajah ATP suatu hari nanti.

“Saya menetap di Sydney, Australia sejak awal tahun ini, dan tujuan saya berhijrah di sana adalah untuk mencari lebih ­banyak peluang dalam dunia tenis.

“Seperti yang semua tahu, Australia salah satu negara Grand Slam (kejohanan tenis utama), dan peluang dan ada lebih banyak pertandingan di sana berbanding Asia.

“Tambahan kos akan semakin bertambah buat saya jika terpaksa berulang alik, jadi saya ambil keputusan untuk terus menetap di sana.

“Ini keputusan yang besar saya terpaksa lakukan untuk karier saya tetapi untuk pelan jangka panjang.

“Saya rasa ia akan memberikan hasil yang baik buat saya untuk berada di sana dengan pendedahan beraksi bersama pemain Australia mahupun Eropah,” kata Christian kepada Mingguan Malaysia.

Christian yang kini menduduki ranking ke-1,835 dunia menyimpan hasrat untuk cuba menempatkan diri antara pemain terbaik di Australia terlebih dahulu.

“Rancangan saya adalah untuk cuba bermain dalam mana-mana kejohanan yang ada di Australia terlebih dahulu, dan cuba sedikit demi sedikit cuba untuk loloskan di dalam kejohanan besar di sana.

“Saya bernasib baik kerana jurulatih saya, Saeed Alirizad dan keluarganya turut berada di sana dan saya masih boleh meneruskan latihan bersamanya.

“Walaupun saya berada di luar negara, hati saya masih untuk Malaysia, dan jika ada sebarang tugasan negara, ia bakal menjadi keutamaan saya,” tambah Christian yang pernah beraksi dalam Terbuka Australia Remaja pada 2018.

Pemain kelahiran Sabah itu juga mendedahkan dia terpaksa mengambil upah menjadi tenaga pengajar tenis secara peribadi bagi menampung perbelanjaannya di Australia.

“Saya akui sukar untuk mencari penaja, jadi saya terpaksa mencari jalan sendiri untuk menampung perbelanjaan saya.

“Perkara ini bukanlah baru kerana saya sudah melakukannya sejak dua tiga tahun lalu dengan mengajar individu yang berminat untuk bermain tenis.

“Saya rasa ini juga didorong dengan minat, kerana walaupun saya digelar No. 1 di Malaysia tetapi karier saya tidak kemana, lebih baik saya menolong orang yang berminat untuk belajar tenis dan dalam masa yang sama saya juga dapat sedikit duit poket,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.