Banyak ‘suara’ punca jurulatih Emma Raducanu angkat kaki

Banyak ‘suara’ punca jurulatih Emma Raducanu angkat kaki

Dmitry Tursunov (belakang) meninggalkan Emma Raducanu kerana terlalu banyak pihak masuk campur dalam urusannya melatih bintang Britain itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Terlalu banyak ­suara dan campur tangan punca bekas jurulatih Emma Raducanu, Dmitry Tursunov ‘ang­kat kaki’ meskipun baru dua bulan bekerjasama dengan bintang tenis Britain itu.

Tursunov meninggalkan Raducanu untuk melatih ­bekas juara Olimpik yang juga pemain No. 13 dunia, Belinda Bencic dari Switzerland.

Bekas pemain pemain ­Russia itu mengakui, dia senang untuk bekerjasama ­dengan pemain berusia 20 tahun tersebut.

Begitupun disebabkan beberapa syarat dalam kontrak dan campur tangan keluarga Raducanu memaksa jurulatih berusia 39 tahun itu memilih untuk ‘berpisah’.

 

“Kami tidak bersetuju de­ngan beberapa syarat ditetapkan dalam kontrak maka pilihannya adalah berpisah.

“Saya nasihatkan dia dan pasukan bahawa dirinya ha­nya perlu ada satu suara untuk didengari,” katanya.

Menurut Tursunov, dia ­optimis, bekas juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang kini menghuni ranking No. 76 dunia itu akan kembali bangkit dan mencapai kejayaan.

“Dia seorang yang bagus, tidak berperwatakan seperti bintang dan sering merendah diri. Emma juga sentiasa ­bekerja keras untuk meningkatkan prestasi dirinya.

“Dia sangat berbakat dan sentiasa dahaga kejuaraan, namun disebabkan dia juara Terbuka Amerika Syarikat, ramai pihak meletakkan sasaran tinggi kepadanya.

“Tempoh minimum untuk dia konsisten dan bermain baik adalah setahun tetapi bagi saya, tempoh terbaik adalah dua tahun sete­ngah untuk membentuk permainannya,” ujar Tursunov. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya