Bagnaia terjatuh, sebelum tamatkan kelayakan di tempat ke-9

Bagnaia terjatuh, sebelum tamatkan kelayakan di tempat ke-9

Francesco Bagnaia (kiri) dan Marc Marque dalam sesi kelayakan Grand Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, semalam. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pendahulu kejuaraan MotoGP dunia, Francesco Bagnaia berdepan detik cemas apabila terjatuh pada kelayakan kedua Grand Prix (GP) Malaysia ketika sesi berbaki tiga minit.

Penunggang Ducati Lenovo Team itu berada pada kedudukan keenam ketika insiden berlaku, dan dia akhirnya terpaksa memulakan perlumbaan esok di petak kesembilan.

Pelumba Itali itu bernasib baik kerana pencabar utamanya dalam kejuaraan dunia yang juga juara dunia 2021, Fabio Quartararo dari Perancis turut mengharungi hari kurang memberangsangkan.

Quartararo yang menunggang Yamaha akan memulakan perlumbaan esok dari petak ke-12.

JORGE Martin menyambar petak pertama dalam Grand Prix Malaysia di Sepang hari ini. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Pelumba Prima Pramac Racing, Jorge Martin memanfaatkan situasi itu dengan menyambar petak pertama MotoGP menerusi catatan sepusingan terpantas 1 minit, 57.790 saat (s), manakala Enea Bastianini (Gresini Racing MotoGP) kedua (1:58.246s.).

Juara dunia enam kali dari Honda, Marc Marquez melengkapkan tiga pelumba teratas dengan kepantasan 1:58.454s.

“Saya mempamerkan aksi yang baik di Phillip Island dan berlumba di sini pula, saya mula mendapatkan perasaan untuk terus bersaing sengit dan sekali gus memperbaiki persembahan saya setelah melakukan sehabis mungkin pada kelayakan tadi,” kata Martin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya