Aidil reda jika khidmat tidak disambung

Aidil reda jika khidmat tidak disambung

TUGAS AidilSharin Sahak bakal digalas sementara oleh penolongnya, Victor Andrag.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Walaupun terlalu banyak pengorbanan dilakukan sepanjang empat musim membimbing Kedah Darul Aman FC (KDA FC) termasuk meraih beberapa kejuaraan selain layak ke Piala AFC, Aidil Sharin Sahak reda sekiranya khidmat beliau tidak disambung musim depan.

Ketua Jurulatih Sang Kenari itu berkata, sebagai seorang yang profesional, cakap-cakap yang timbul mengenai beliau akan digantikan jurulatih lain pada musim depan langsung tidak mengganggu fokusnya untuk terus memikul amanah hingga kontraknya tamat pada penghujung musim ini.

Begitupun katanya, selaku individu yang sudah lama berada dalam pasukan tersebut, cuma satu harapannya agar jurulatih yang datang selepas ini, merupakan individu yang lebih baik daripadanya dan mampu menghadirkan lebih banyak kejayaan buat Sang Kenari serta para penyokong.

“Ketika kita berdepan situasi sukar akibat Covid-19 dan masalah tunggakan gaji, siapa yang masih ada di sini untuk bersama dengan pemain?

“Di Melaka, tunggakan gaji hanya tiga bulan dan lihat apa yang terjadi tetapi ketika masalah gaji melanda pasukan ini lebih tiga bulan, saya dan Baddrol Bakhtiar tetap berikhtiar menyatukan pasukan untuk terus beraksi.

“Harapan saya cuma satu iaitu jika khidmat saya tidak disambung, saya mahu lihat jurulatih lebih baik membimbing pasukan ini. Jangan jadi seperti pasukan lain yang mana apabila bertukar saja jurulatih, pasukan itu merudum seperti yang berlaku terhadap beberapa kelab pada musimi ini,” katanya.

Meskipun liga masih belum tiba ke penghujung dengan saingan Piala Malaysia juga belum bermula, terdapat khabar bertiup kencang menyatakan Ketua Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain akan mengambil alih tempat Aidil pada tahun depan.

Mengulas lanjut Aidil berkata, pemilik saham KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar sentiasa berusaha belajar sesuatu yang baharu buat dirinya dengan tokoh kewangan Islam tersebut turut sentiasa mendekatinya untuk tujuan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya