Van Dijk bawa Belanda ke pusingan akhir

Van Dijk bawa Belanda ke pusingan akhir

VIRGIL van Dijk (dua, kanan) menanduk gol kemenangan Belanda ketika menumpaskan Belgium dalam saingan Kumpulan 4, Liga Negara-Negara di Amsterdam hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Virgil van Dijk menggalas tugas kapten dengan cemerlang apabila bukan sahaja memastikan gawang Belanda tidak dibolosi, malah meledak gol kemenangan yang membawa skuad Oranje ke pusingan akhir Liga Negara-Negara dengan menundukkan Belgium 1-0 hari ini.

Tandukan bintang Liverpool itu pada minit ke-73 memastikan Belanda muncul juara Kumpulan 4 dengan 16 mata, enam mata meninggalkan Belgium.

Kemenangan Belanda juga membolehkan Van Dijk membalas kritikan yang diterima musim ini gara-gara prestasi kurang memberangsangkan yang ditunjukkan bersama Liverpool.

Pertahanan tengah berusia 31 tahun itu kini meledak enam gol daripada 49 penampilan bersama Belanda, namun paling penting memastikan Oranje kekal tanpa kalah dalam perlawanan Kumpulan 4.

“Ia bukanlah perlawanan yang hebat atau terbaik, namun kami hanya mahukan kemenangan malam ini.

“Kami patut melakukan lebih bagus daripada ini tetapi menentang pasukan terbaik seperti Belgium yang memiliki ramai pemain berkualiti menuntut kami bekerja keras.

“Pada akhirnya, kemenangan itu perkara paling penting,” kata Van Dijk kepada stesen televisyen Belanda,  NOS. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN