Ubi muda Penyu sedia berhijrah

Pemain muda Penyu sedia berhijrah

MUHAMMAD Safwan Mazlan meraikan jaringannya ketika menentang Pulau Pinang dalam final bola sepak Sukan Malaysia 2022 di Cheras kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain terbaik perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan Malaysia 2022 (Sukma), Safwan Mazlan bersedia mencari angin baharu sekiranya menerima tawaran yang sesuai.

Memakai lilitan dilengan selaku kapten bagi skuad Terengganu pada temasya Sukma 2022, pemain yang dianggap ‘ubi muda berusia 20 tahun kelahiran Batu Rakit, Kuala Nerus itu masih menjadi hak pasukan Terengganu sehingga 2024.

“Insya-Allah saya akan kekal bersama Terengganu, saya tak tahu lagi macam mana selepas ini, jika ada tawaran itu lain cerita,” ujar mengulas khabar angin antara beberapa pemain yang menjadi buruan pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

 

Safwan yang merupakan bekas pemain skuad Projek FAM-MSN kini bersama Terengganu FC II (TFC II) beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Pemain berketinggian 1.80 meter itu boleh beraksi di posisi pertahanan kiri, kanan dan tengah juga adalah pertahanan kiri skuad Bawah 23 Tahun (B-23).

Bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Rakit, Kuala Nerus dan Sekolah Sukan Bukit Nenas Terengganu itu meledak satu gol membantu kemenangan Terengganu meraih pinggat emas dengan mengatasi Pulau Pinang pada aksi final di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin.

“Syukur kerana kami telah cipta sejarah meraih emas selepas 12 tahun, Terengganu memang dilihat sebagai pasukan pilihan tetapi ia tidak memberi tekanan bagi kami.

“Pemain telah lakukan apa yang jurulatih suruh dan selesaikannya dengan keputusan positif,” ujar anak ketiga daripada empat adik-beradik itu.

Sebelum ini, Muhammad Safwan mendedahkan mendapat tawaran daripada Perak FC, namun keinginan tinggi untuk membantu pasukan negeri kelahiran membuatkannya menolak tawaran tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.