Trio menembak Johor pecah rekod kebangsaan

Trio menembak Johor pecah rekod kebangsaan

TRIO Johor mencipta sensasi memenangi pingat emas 10 meter air pistol berpasukan wanita bersama rekod baharu kebangsaan dalam Sukma 2022 di Subang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Trio menembak wanita Johor memecah rekod kebangsaan dalam acara 10 meter (m) air pistol pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Lapang Sasar Menembak Subang dekat Subang, hari ini.

Pasukan yang diperkuatkan gandingan adik-beradik, Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin dan Nurul Heryani Arfida serta Mumtazah Syahiidah Shamsuri mengumpul 1,699 mata, mengatasi rekod kebangsaan 1,692 mata dan sekali gus, menggondol pingat emas.

Rekod lama telah dicipta oleh Nurul Syasya dan Mumtazah Syahiidah bersama seorang lagi penembak Johor, Khairunnabiha Baharin pada Februari dua tahun lalu.

Sementara itu, Selangor memenangi pingat perak menerusi penembak mereka, Dina Batrisyia Adi Azhar, Lee Shu Ji dan Ong Ee Theng yang membidik 1,670 mata.

Pingat gangsa pula menjadi milik trio Wilayah Persekutuan, Dania Irdina Zaini, Nur Batrisyia Nasuha Mohd. Nor Hadi dan Sarah Aneesa Mazwan yang mengutip 1,648 mata.

Nurul Syasya, 20, yang merupakan penembak di dalam skuad negara turut merangkul emas keduanya dalam acara 10m air pistol individu setelah mengumpul 235.1 mata.

Pingat perak pula diraih oleh Dina Batrisyia yang membidik 232.0 dan Mumtazah Syahiidah membawa pulang gangsa 209.5.

Dalam perkembangan berkaitan, Pahang turut cemerlang memenangi pingat emas serta perak untuk acara 25m sport pistol menerusi Azrul Akmal Zulkefli (568 mata) dan Muhammad Adib Abu Hassan Ashairi (565 mata), manakala penembak Sarawak, Justin Joaness Kelukin meraih gangsa (563 mata).

Untuk acara 50m rifle prone lelaki, Pahang merangkul emas serta gangsa melalui Izzuddin Muhammad Shafri (580 mata) dan Ahmad Zaffin Kushairie Azman (579 mata), manakala, wakil Sarawak, Muhammad Hasief Azrin memperoleh pingat perak (579 mata). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya