Terima kasih 'bos' kerana percaya saya - Bidoglio

Terima kasih ‘bos’ kerana percaya saya – Bidoglio

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim dijulang oleh pemain selepas JDT muncul juara Piala FA malam tadi. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Membawa Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan Piala FA tidak sampai dua bulan selepas membimbing Harimau Selatan, Hector Bidoglio mengucapkan terima kasih kepada pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk meneruskan legasi hebat gergasi bola sepak negara itu.

Pengendali kelahiran Argentina itu yang menggantikan Benjamin Mora, Julai lalu berkata, kejayaan yang diraih pasukannya adalah hasil sokongan tidak berbelah bagi Tunku Ismail, selain penyokong yang sentiasa berada di belakang pasukan.

“Terima kasih kepada bos (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) dan semua orang di Johor Darul Ta’zim.

“Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk membimbing pasukan hebat ini. Saya gembira melihat bagaimana pemain memberikan cabaran kepada lawan.

“Kami mengekalkan penguasaan bola dan saya bangga dengan pemain. Mereka menampilkan aksi menakjubkan malam ini,” kata Bidoglio.

JDT mengecewakan impian Terengganu FC untuk menamatkan penantian 11 tahun selepas menumpaskan skuad Penyu 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di depan hampir 90,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Dua jaringan Bergson da Silva dan satu menerusi Arif Aiman Hanapi menghadiahkan Piala FA ketiga buat Johor, malah Aiman turut dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN