Namewee bebas jaminan polis dua minggu lagi

Namewee bebas jaminan polis dua minggu lagi

NAMEWEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah dan penyanyi kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, 42, bebas dengan jaminan polis dua minggu lagi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Dia dibebaskan dengan jaminan pada pukul 3 petang tadi,” katanya.

Sebelum ini, kertas siasatan membabitkan Namewee akan dihantar semula ke Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) setelah laporan bedah siasat diperoleh.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, Namewee akan dibebaskan dengan jaminan polis sehingga hari ini sementara laporan bedah siasat si mati diperoleh.

Peguam negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar memaklumkan, pembebasan Namewee dibuat berikutan tiada sebarang petunjuk kukuh yang dapat mengaitkan individu berkenaan secara langsung dengan punca kematian pempengaruh wanita warga Taiwan berusia 31 tahun.

Beliau turut mengesahkan arahan untuk siasatan lanjut dikeluarkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengumpul lebih banyak maklumat dan melengkapkan kertas siasatan.

Pada 5 November lalu, Namewee tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5 pagi.

Namewee ditahan reman selama enam hari sebelum disambung reman tiga hari lagi sehingga tamat reman hari ini.

Ia berikutan penyanyi itu individu terakhir yang dikatakan berada bersama mangsa.

Pempengaruh itu ditemukan mati di dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay di sini, pada 22 Oktober lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN