Saya bukan ‘superhuman’ – Brendan

Saya bukan ‘superhuman’ – Brendan

BRENDAN Gan (tiga, kanan) menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan di Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin dalam persiapan menghadapi Piala Raja Thailand minggu depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Brendan Gan tidak terfikir untuk menggalas tugas kapten Harimau Malaya, malah menegaskan, dia bukan ‘superhuman’ kerana sering dianggap lelaki hebat yang berjaya pulih daripada kanser dan kembali mendapat panggilan skuad bola sepak kebangsaan.

Selepas hampir setahun ‘hilang’ dari radar Harimau Malaya, bintang tengah Selangor berusia 34 tahun itu menjalani latihan pertamanya bersama pasukan kebangsaan kelmarin dalam persiapan menghadapi Piala Raja Thailand di Chiang Mai minggu depan.

Selepas pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon menggugurkan penjaga gol veteran, Farizal Marlias, Brendan dilihat sebagai pemain paling senior dalam skuad dan dia ditanya tentang kemungkinan diberi lilitan ketua pasukan.

“Saya tidak pernah terfikir tentang lilitan kapten. Saya hanya mahu lakukan yang terbaik buat pasukan dan negara, memberi segala-galanya yang termampu.

“Saya bukan ‘superhuman’ atau lelaki yang mempunyai kuasa luar biasa. Saya hanya orang biasa yang mahu membuktikan biarpun pernah melalui detik sukar, saya mampu bangkit,” kata ketua pasukan Selangor itu.

Selepas 10 bulan berjuang dengan kanser testis, Brendan kembali menunjukkan prestasi cemerlang bersama Selangor dan beraksi dalam 16 perlawanan musim ini.

Dia sudah mencapai tahap kecergasan terbaik dan bersedia menggalas tugasan antarabangsa biarpun masih perlu menjalani beberapa ujian kanser.

“Ketika saya jauh daripada perlawanan, saya tetap menonton semua aksi kelayakan Piala Asia (Jun).

“Pasukan ini, di bawah bimbingan Kim Pan-gon sangat agresif, inilah gaya bola sepak yang saya gemari,” kata Brendan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya