Rashford pilihan No.1, bukan Ronaldo

Rashford pilihan No.1, bukan Ronaldo

MARCUS Rashford (kanan) menjadi pilihan Erik ten Hag untuk mengetuai serangan Manchester United berbanding Cristiano Ronaldo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Erik ten Hag me­nimbulkan ketegangan dalam kem Manchester United selepas memilih Marcus Rashford sebagai pilihan utama jentera serangan berbanding Cristiano Ronaldo.

Pengurus United itu juga meletakkan sasaran 20 gol untuk diledak Rashford musim ini.

Pemain United percaya, pasukan itu bermain lebih baik jika Rashford mengetuai serangan berbanding Ronaldo.

Rashford, 24, telah meledak tiga gol dan dua bantuan jari­ngan dalam enam aksi liga setakat ini, berbanding lima gol dengan dua gerakan keseluruhan musim lalu.

Ten Hag berjanji kepada pen­yerang itu bahawa dia akan me­lakukan semua yang termampu untuk membantunya mendapat tempat dalam skuad England ke Piala Dunia 2022 di Qatar.

“Pengurus mahu Marcus menjadi penyerang No .1 United dan mengetuai jentera serangan.

“Dia percaya Marcus mempunyai keupayaan menjadi antara penyerang terbaik dunia.

“Dia sentiasa memberitahunya untuk menggunakan rentak dan kemahiran apabila mendapat peluang. Dia memberitahu Marcus dia akan mudah menjaringkan 20 gol musim ini.

“Mereka mempunyai hubu­ngan baik dan Marcus sangat gembira,” kata sumber kelab.

Ten Hag amat bangga apabila Rashford menjaringkan dua gol ketika United menumpaskan pendahulu liga, Arsenal 3-1 pada 4 September lalu.

Sumber itu menambah, Hag memberitahu, United akhirnya menunjukkan identiti sebenar dan pasukan itu yang sepatutnya berada di atas bukan Arsenal.

ERIK ten Hag (kiri) bangga Rashford meledak dua gol ketika menumpaskan Arsenal pada 4 September lalu.

“Satu-satunya ancaman untuk mencabar kejua­raan adalah Manchester City. Kalau pasukan jiran itu tergelincir, United percaya boleh memanfaatkan keadaan.

“Selagi Ronaldo bermula di bangku simpanan, pemain mempunyai keyakinan untuk membuktikan kemampuan sebenar mereka.

“Jika Ronaldo berada di atas padang, pasukan merasa tertekan. Semua pemain menyukainya tetapi mereka kecewa selepas dia terlepas pramusim,” tegas sumber berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN