Siasat pempengaruh wanita guna gelaran Datuk palsu

Siasat pempengaruh wanita guna gelaran Datuk palsu

SAMSON David Maman keetika hadir ke IPD Ampang Jaya bagi membuat laporan polis. - FB SAMSON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA: Polis perlu menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh wanita yang didapati menggunakan gelaran Datuk palsu.

Presiden Majlis Datuk Dato’ Malaysia (MDDM) Datuk Samson David Maman berkata, satu laporan telah dibuat selepas pihaknya mengesan penggunaan darjah kebesaran oleh  pempengaruh itu pada 17 November lalu.

“Wanita berkenaan memaparkan dirinya di media sosial sebagai penerima gelaran Datuk Panglima Wilayah (DPW), semakan pihak MDDM mendapati gelaran itu palsu dan tidak wujud secara rasmi.

“Wanita itu kemudian menukar gelaran kepada Panglima Mahkota Wilayah (PMW), yang sah di Wilayah Persekutuan, tetapi namanya masih tidak terdapat dalam senarai penerima rasmi,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini hari ini.

Samson berkata, dakwaan pempengaruh itu menerima gelaran melalui yayasan menyalahi undang-undang dan mencemar integriti sistem anugerah negara. 

 “Susulan itu, MDDM membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap pempengaruh dan pihak yayasan terbabit,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN