Permainan 'agresif' pemain, bayaran gaji 'cantik' kelebihan JDT

Permainan ‘agresif’ pemain, bayaran gaji ‘cantik’ kelebihan JDT

PEMAIN sayap Terengganu FC, Mohd. Faiz Nasir (tengah) dikepung pemain JDT dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sikap pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang agresif di atas padang, selain kemampuan pasukan menawarkan gaji tinggi tanpa sekalipun ‘culas’ membayarnya akan membawa Harimau Selatan memenangi lebih banyak kejua­raan.

Bekas pengendali Harimau Malaya, B. Sathianathan tidak terkejut jika JDT memahat sejarah sebagai kelab Malaysia pertama memenangi gelaran ‘quadruple’ (empat trofi) selepas merangkul kejuaraan keduanya musim ini dalam Piala FA kelmarin.

Kemenangan 3-1 ke atas Terengganu FC di Bukit Jalil membuktikan anak-anak buah Hector Bidoglio sukar disentuh ketika ini dan hampir pasti mempertahankan gelaran Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut, selain pilihan utama untuk merampas Piala Malaysia.

PEMAIN JDT, Afiq Fazail (kanan) menghalang pertahanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad dalam final Piala FA di Bukit Jalil kelmarin. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

“JDT mempunyai pemain agresif dan itu kualiti yang tiada pada pasukan lain. Kalau kita lihat JDT secara keseluruhan, mereka cepat dapatkan bola. Bonus untuk mereka kerana ada pemain antarabangsa tetapi pemain tempatan seperti Arif Aiman (Hanapi) dan Farizal Marlias juga bermain agresif.

“Bila bercakap mengenai agresif, ramai orang salahkan pengadil sedangkan beza agresif JDT adalah mereka merebut bola dan menurunkannya ke arah gol, sementara pasukan lain pula agresif dengan manusia. Disebabkan sikap bagus inilah, pemain JDT sukar dilepasi.

“Untuk Liga Super, saya rasa mereka hampir pasti juara dan Piala Malaysia pula mereka cuma perlu beri lebih tumpuan sebab pernah tewas kepada KL City (Kuala Lumpur City) 2-0. Bagi saya, musuh utama JDT hanyalah diri mereka sendiri. Mereka layak dapat treble,” katanya kepada Utusan Malaysia.

B. SATHIANATHAN

 

Kata Sathianathan, ramai pemain terbaik tempatan yang memiliki standard antarabangsa pergi ke JDT kerana bayaran gaji yang tak pernah culas.

“Itu memang cara terbaik menarik pemain. Kelab kena kukuh kewangan. Kena ada infrastruktur baik. Kita nak main tapi padang teruk, tak boleh macam tu.

“Teknikal mesti diberi kepada orang yang ahli, tahu apa perlu dibuat. Ada dua cabang, pertama ada kelab menggunakan pencari pemain ikut kehendak falsafah dan yang kedua tiada falsafah tetapi perlu ambil orang yang tepat.

“Tiada masalah untuk mana-mana kelab beri masa kepada jurulatih tetapi mesti ada sasaran. Contohnya, tahun pertama mesti letakkan kelab di kedudukan lima terbaik liga, tahun ke­dua lain pula dan tahun ketiga juara piala,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya