Negeri Sembilan ada 'tenaga' untuk berdepan Melaka

Negeri Sembilan ada ‘tenaga’ untuk berdepan Melaka

(DARI kiri) Penolong ketua jurulatih Negeri Sembilan, Masmalhadi Shukor, kapten, Malini Nordin, pengurus Melaka United, Dr, Siti Faidul Maisarah Abdullah dan Steffi Sarge Kaur bersama Piala Tun Sharifah Rodziah yang bakal menjadi rebutan dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun masih lelah kerana mengharungi ja­dual padat selama enam hari berturut-turut, namun semua rasa letih bagaikan hilang selepas ­Ne­geri Sembilan memahat sejarah mara ke final kejohanan bola sepak wanita paling berprestij, Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) buat kali pertama dalam tempoh 29 tahun.

Selepas mengejutkan juara 11 kali, Sabah menerusi penentuan sepakan penalti 3-1 kelmarin, Negeri Sembilan bersedia melakar kejayaan lebih besar apabila menentang juara bertahan, Melaka Uni­ted pada final di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Jadual kejohanan padat mengundang kritikan banyak pihak terma­suk Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia, Izham Ismail yang menyifatkan susunan perlawanan memalukan kerana pemain tidak punya rehat mencukupi.

Beberapa pasukan terpaksa mengharungi perlawanan dua hari berturut-turut, malah ada yang beraksi pukul 4 petang terpaksa turun sekali lagi pada 8 pagi keesokan hari.

Mengakui, fizikal mereka amat tercabar sejak kejohanan bermula sejak 6 September lalu, kapten Negeri Sembilan, Malini Nordin menegaskan, mereka masih mempunyai tenaga untuk menentang Melaka.

“Pada peringkat kumpulan, kami kalah kepada Selangor. Ekoran kekalahan itu, kami rasa makin kuat nak melawan.

“Kami memang rasa susah sepanjang kejohanan tapi saya percaya, untuk menang kami perlu kalah dulu supaya jalan selepas itu lebih lancar.

“Berdepan Melaka memang sukar kerana mereka sangat kuat dan mempunyai ramai pemain bagus. Cabaran kami adalah penjaga gol, (Nurul) Azurin (Mazlan) kerana dia pemain kebangsaan. Kapten mereka pun kapten kebangsaan, jadi mereka sukar untuk ditewaskan,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Negeri Sembilan sudah melangkah dalam tiga perlawanan akhir PTSR, namun ini adalah final pertama mereka sejak 1993.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN