Mentaliti Harimau Malaya 'kelas pertama'

Mentaliti Harimau Malaya ‘kelas pertama’

PEMAIN negara memeluk penjaga gol Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (kiri) yang muncul wira menyelamatkan sepakan penalti lawan ketika membantu Malaysia menyingkirkan Thailand 5-3 dalam penentuan sepakan penalti untuk mara ke final Piala Raja Thai Ke-48 di Stadium 700th Anniversary, Chiang Mai kelmarin. – IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon memuji mentaliti luar biasa pemain negara yang membawa mereka mara ke final Piala Raja Thai selepas menyingkirkan Thailand menerusi penentuan sepakan pe­nalti di depan ribuan penyokong tuan rumah di Chiang Mai kelmarin.

Biarpun mendahului menerusi jaringan La’Vere Corbin-Ong pada minit ke-32, namun harapan Harimau Malaya hampir musnah selepas Pansa Hemviboon meledak gol penyamaan Thailand, lima minit memasuki waktu kecederaan.

Pasukan negara yang ketika itu diasak bertali arus juga kehilangan seorang pemain selepas Nor Azam Azih dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua.

Ketika ramai yang menjangkakan moral pemain Malaysia sudah ‘jatuh’, kecemerlangan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed mengetuai semangat juang tinggi Harimau Malaya untuk melakar kemenangan 5-3, sekali gus menempah pertemuan de­ngan pasukan No. 109 dunia, Tajikistan esok.

“Memang betul (sakit hati bolos saat ­akhir) tetapi perkara itu sudah terjadi. Sepanjang karier saya sebagai jurulatih, saya sudah ­banyak kali berdepan situasi seperti ini.

“Saya hanya mahu pemain terus menunjukkan komitmen dan kesungguhan serta keyakinan di atas padang. Saya percaya mereka kuat untuk menghadapi cabaran dan mereka menunjukkan persembahan hebat.

“Mentaliti yang kuat diperagakan walaupun beraksi di tempat lawan dan akhirnya, kami mendapat keputusan positif hasil sumbangan pemain. Terima kasih untuk mereka,” katanya.

Gagal memenangi perlawanan dalam tempoh 90 minit permainan menyebabkan Harimau Malaya hanya menerima 3.57 mata ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), sekali gus naik dari kedudukan 148 dunia ke tangga 145.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya